73

1.5K 146 22
                                    

Alayya Dafeena leraikan pelukannya, mahu tatap wajah Ezzaq tetapi dakapan Ezzaq semakin erat bersama cengkaman pada baju Alayya yang langsung tidak dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya Dafeena leraikan pelukannya, mahu tatap wajah Ezzaq tetapi dakapan Ezzaq semakin erat bersama cengkaman pada baju Alayya yang langsung tidak dilepaskan.

"Sekejap, sayang... beri abang masa sekejap saja, abang mahu peluk sayang lagi..." pinta Ezzaq, lembut.

Alayya daratkan kepala di dada bidang sang lelaki. Biarkan mereka berada dalam posisi ini lebih lama. Alayya tak percaya...dia berada dalam pelukan Ezzaq sekarang.

Ezzaq lepaskan pelukan perlahan-lahan, tubuh gadis ini ditolak sedikit agar Ezzaq dapat bertatap mata dengan Alayya.

Ezzaq pegang kedua belah wajah Alayya. Air mata semakin deras mengalir keluar sebaik lihat wajah cengkung sang isteri.

"Abang hilang sekejap je sayang... tapi kenapa muka sayang boleh cengkung macam ni? Kesiannya isteri abang..." Ezzaq usap pipi Alayya.

Lingkaran gelap bawah mata Alayya juga jelas terlihat. Saat peluk tubuh Alayya, Ezzaq dapat rasa betapa susutnya tubuh isterinya sekarang.

Alayya ketap bibir.

"Abang hilang lama..." tutur Alayya.

Kening Ezzaq berkerut.

"Abang hilang empat bulan," kata Alayya lagi.

Mata Ezzaq membundar, terkejut dengar jangka masa yang lama itu. Ezzaq bawa Alayya ke dalam dakapan semula. Empat bulan? Mustahil, Ezzaq hanya rasa dia hilang selama empat hari.

Alayya kembali rembeskan air mata. Apa agaknya yang jadi pada Ezzaq sehingga lelaki itu tampak terkejut saat diberitahu, dia hilang selama empat bulan.

"Abang minta maaf, sayang..." ucap Ezzaq dalam bisikan.

Alayya menggeleng.

"Abang." Alayya menjauh sedikit dari tubuh Ezzaq. Wajah suaminya menjadi tujuan pandangan.

Alayya ambil tangan Ezzaq lalu di bawa ke perut Alayya. Perlahan-lahan Ezzaq menunduk, lihat perut sang isteri. Perut Alayya tidaklah begitu buncit tetapi Ezzaq tetap dapat rasakan benjolan di situ.

"Anak abang..." beritahu Alayya bersama suara yang tertahan.

Rahang Ezzaq jatuh sedikit, tidak percaya dengan apa yang dia baru dengari. Wajah Alayya di cari semula.

"Anak kita," kata Alayya buat kali kedua.

"Alayya tahu beberapa minggu lepas abang pergi ke operasi, malam di mana abang hilang, Alayya tahu pada waktu itu," terang Alayya dengan lebih terperinci kali ini.

Ezzaq gigit bibir bahagian dalam lalu dahi Alayya di kucup dengan sangat lama.

"I'm sorry, sayang..." apa yang Ezzaq rasa sekarang cuma serba salah yang menebal.

Empat bulan, empat bulan masa yang Ezzaq bazirkan daripada dapat bermanja dengan sang isteri. Empat bulan juga Ezzaq bazirkan masa dari terus lihat anaknya membesar.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now