Encik Manaf duduk tegak sebaik dengar berita terkini seawal lapan pagi. Matahari baru saja ingin pancarkan bahangnya, tetapi Encik Manaf sudah pun dikejutkan dengan berita gempar.
"Isteri pada Inspektor Ezzaq Qayyum akan hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam bagi menghadiri mesyuarat penting dalam misi pencarian operator PDRM yang hilang. Setakat ini, misi pencarian masih diteruskan di perairan Sabah"
Kening Encik Manaf perlahan-lahan berkerut, hampir bertaut antara satu sama lain. Encik Manaf tidak berhenti tatap wajah passport Ezzaq yang berada pada kaca televisyen. Nama jejaka ini di ulang baca berkali-kali.
Tidak salah lagi. Encik Manaf lihat orang yang benar. Namanya juga benar, disebut oleh pembaca berita dengan sangat jelas.
Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal.
Encik Manaf bangun, ambil telefon pintarnya di dalam bilik tidur sebelum dail nombor Syahir. Deringan demi deringan, panggilan itu langsung tidak bersambung pada sesiapa.
Encik Manaf kemudian mendengus kasar. Nombor Sarjan Syahir kekal di hubungi sehinggalah Syahir angkat panggilan tersebut.
"Selamat pagi, Tuan. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Syahir bertanya bersama nada yang tidak bermaya.
Syahir tak mahu angkat sebenarnya panggilan daripada Encik Manaf ni. Encik Manaf sudah pencen hampir tiga tahun! Tapi lelaki ini sibuk ingin hubungi Syahir untuk tahu semua benda dalam PDRM, terkadang minta tolong berkenaan Misha.
Syahir rimas, lemas dan tak suka. Dia benci apabila kekal terikat dengan Encik Manaf. Rasa seolah hidupnya langsung tidak bebas. Jika Encik Manaf ingin tanya soal hal dalam PDRM, tak boleh ke tanya rakan-rakan yang berjawatan tinggi saja? Mengapa Syahir juga yang menjadi sasaran?
"Kes operator yang hilang, dia duduk dalam gerakan khas apa?" Encik Manaf mengajukan soalan.
"Operator... maksud Tuan, Inspektor Ezzaq ke?" Syahir perlukan kepastian sebelum menjawab.
"Siapa lagi operator yang hilang?" sinis jawapan Encik Manaf.
Patutlah si Misha tu tak ada adab, bapanya pun dua kali lima sahaja! Sama-sama bermulut puaka.
"Saya tak pasti. Tak ada siapa yang tahu kecuali orang-orang terdekat. Lagipun...belum tentu dia sebahagian daripada gerakan khas." Syahir beri pandangan.
"Belum tentu? Lepastu kau ingat, polis cikai-cikai ke yang diaorang hantar untuk berperang dekat perairan tu?" Encik Manaf tiba-tiba memarah.
Syahir guling mata ke atas. Sudahlah hari masih pagi, dapat pula panggilan daripada orang yang kita tak suka. Tambahan, kena marah pula tu! Memang membunuh emosi ceria la si Manaf ni.
"Aku nak kau cari tahu tentang dia," arahan akhirnya keluar daripada mulut Encik Manaf.
Syahir tarik nafas dalam.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...