49

7.9K 342 6
                                    

Sebaik talian diputuskan, Ezzaq segera bawa masuk bubur yang sudah sejuk ke dalam ruang bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik talian diputuskan, Ezzaq segera bawa masuk bubur yang sudah sejuk ke dalam ruang bilik. Ezzaq bawa keluar pengecek suhu badan untuk lihat suhu isterinya sekarang.

38.9

Masih sama.

"Sayang." Ezzaq tepuk bahu Alayya, punggung terlabuh di sebelah sang wanita.

"Dafeena." Ezzaq kejut isterinya lagi.

"Hm?" Alayya menjawab tanpa buka mati. Kepalanya terasa begitu berat.

"Sayang, bangun sekejap sayang. Abang dah masak untuk sayang. Kita makan sikit lepastu sayang boleh makan ubat." Ezzaq alihkan anak rambut Alayya yang memenuhi dahi.

Alayya ambil masa sendiri untuk buka mata dan buang mamai. Perlahan-lahan Alayya duduk di atas katil.

"Sayang nak ke tandas dulu," beritahu Alayya.

"Abang tolong." Laju saja Ezzaq turun daripada katil.

Geli hati Alayya lihat Ezzaq berkelakuan begini. Bukannya Alayya tak boleh jalan langsung. Dia cuma demam biasa.

"Abang..." Alayya lihat sang suami.

"Ya sayang?" Ezzaq balas pandangan mata kegemarannya ini.

"Perempuan kalau demam tak macam lelaki. Lelaki kalau demam, dia rasa dunia ni tunggang terbalik, macam dah akhir dunia. Tapi perempuan kalau demam masih steady. Sayang okay, sayang boleh pergi sendiri." Alayya tersenyum lebar sebelum berjalan ke bilik air. Bukannya jauh, dekat aje.

Hati Ezzaq yang rasa tertampar lihat senyuman pada wajah Alayya. Senyuman itu tampak baik sangat padahal apa yang Alayya alami semalam lebih daripada cukup untuk buat Alayya berdiam diri.

Ezzaq segera tahan pintu bilik air saat Alayya bertindak untuk menutupnya. Alayya pandang muka Ezzaq bersama raut hairan.

"Rapatkan pintu sahaja. Jangan tutup dan jangan kunci. Senang abang nak masuk kalau jadi apa-apa pada sayang," pinta Ezzaq.

"Baik Tuan"

"Abang tunggu di luar," beritahu Ezzaq.

Alayya hanya geleng kepala. Sebenarnya inilah ubat yang paling berkesan pada sakit Alayya iaitu Ezzaq sendiri. Jika Ezzaq ada, pasti Alayya akan baik-baik sahaja.

Alayya lihat bubur yang di kacau oleh Ezzaq. Masakan Ezzaq tak pernah gagal. Semuanya sedap-sedap belaka. Lelaki kalau memasak memang tak perlu beria, campak saja pun sudah sedap.

"Abang. Sayang bukan nak condemn, bubur abang memang sedap, sangat, ada rasa cuma sayang teringin nak makan dengan telur hancur dan kicap." Alayya bercakap dengan baik, tak mahu Ezzaq fikir buburnya tawar.

Ezzaq carik senyum.

"Boleh sayang. Sekejap ya." Ezzaq terus bawa mangkuk itu ke dapur.

Tanpa jejaka ini sedar, Alayya turut membuntuti di belakang, lalu duduk di meja makan berdekatan dapur rumah.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now