PROLOG

4.7K 123 0
                                    

Ezzaq Qayyum serta Alayya Dafeena berlari naik ke tingkat 4 bangunan kelas mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezzaq Qayyum serta Alayya Dafeena berlari naik ke tingkat 4 bangunan kelas mereka. Hujung koridor menjadi sasaran, tempat kegemaran mereka berdua.

"Hai!" spontan, Alayya melambai tangan ke arah para tentera yang sedang berlari di bahu jalan raya.

"Hish!" mata Ezzaq terjegil melihat Alayya. Malu Ezzaq dibuatnya apabila sang rakan menjerit begitu pada orang dewasa tersebut.

"Apa? Kalau kau malu, kenapa kau ikut aku naik ke atas ni? Tak payahlah ikut! Sibuk je..." Alayya jeling Ezzaq melalui ekor mata.

Orang mahu lihat abang askar berlari, Ezzaq pun sibuk mahu lihat sama. Tapi, mudah segan dengan tingkah laku Alayya. Terkadang, Alayya rasa seperti mahu humban Ezzaq jauh beribu batu. Mengacau saja.

"Aku nak tengok juga." Ezzaq akhirnya beri tumpuan pada tentera-tentera yang sibuk berlari, menggalas beg sebagai bebanan mereka.

"Aku teringin, hendak bekerja dalam badan beruniform. Mereka nampak...gah." Alayya akhirnya buka mulut sekali lagi apabila keadaan di antara mereka berdua agak sepi.

"Aku pun. Tapi aku lebih minat polis berbanding tentera," beritahu Ezzaq.

"Tidak kesahlah...asalkan pekerjaan dalam badan beruniform." Alayya panjangkan leher apabila kelibat abang-abang tentera sudah agak jauh dari bangunan sekolah mereka.

"Kita berusaha sekali, nak? Pangkat siapa lebih tinggi, dia lah pemenangnya." Ezzaq tiba-tiba cadangkan sebuah permainan yang mengambil jangka masa agak lama untuk selesai.

Alayya menoleh, cari wajah sahabatnya yang baru berusia 12 tahun. Wajah Ezzaq di tenung sesaat dua sebelum menggeleng kepala bersama cebikan.

"Kau usaha sendiri. Aku tak mahu usaha dengan kau. Kau itu musuh aku." Alayya berlakon angkuh.

Ezzaq berdecit, tidak percaya Alayya sedang jual mahal sekarang.

"Musuh? Kalau macam tu, tak perlulah kita berkawan lagi." Ezzaq mencabar.

"Bergurau sikit pun tak boleh..." Alayya buat muka.

"Alayya? Ezzaq?" teguran daripada arah belakang membawa kedua remaja ini menoleh kepala.
Lantas, Alayya dan Ezzaq berdiri tegak sebaik nampak figura Puan Maidah.

"Selamat pagi, umi," sapa Ezzaq dengan baik.

Puan Maidah, wanita inilah ketua yang menjaga rumah anak yatim mereka sekarang. Mahu tidak kecut perut Ezzaq dan Alayya saat nampak kelibat wanita ini di hadapan mata.

"Apa yang kamu berdua buat di bangunan kelas sekarang? Tak silap umi, harini hari Sabtu, kamu berdua tak ada kelas." Puan Maidah menyoal dengan baik.

"Kami cuma mahu lihat tentera-tentera tu berlari umi, jadi kami naik ke sini supaya lebih jelas," jawab Alayya dan disetujui oleh Ezzaq dengan anggukan.

Puan Maidah geleng kepala.

"Suka betul kamu berdua dengan tentera ya?" komen si wanita.

Ezzaq dan Alayya ini sering dibicarakan oleh para guru dan penjaga rumah anak yatim. Sikap mereka yang seperti anjing dan kucing, namun kekal bersama hampir setiap masa membuatkan para guru berasa hairan. Sering bergaduh, tapi kekal berkawan. Pelik sungguh.

Ezzaq dan Alayya hanya tertawa kecil.

"Ini, rumah kita terima seorang lagi tuan rumah." Tangan Puan Maidah mendarat pada bahu seorang kanak-kanak di sebelahnya.

Barulah Ezzaq dan Alayya perasan akan kehadiran budak di sebelah Puan Maidah.

"Nama dia, Fayyad Hazim, umur dia 11 tahun, hanya 1 tahun muda dari Ezzaq dan Alayya. Umi bawa dia ke sini kerana mahu tunjuk kelas dia." Cerita Puan Maidah secara ringkas.

Alayya mengangguk sementara Ezzaq sudah ukir senyum sehingga ke telinga. Lambat-lambat, Ezzaq lihat Alayya di sebelah. Alayya yang perasan akan perkara itu langsung membalas pandangan rakannya.

Alayya ambil beberapa saat untuk tafsir maksud di balik pandangan dan senyuman Ezzaq. Sebaik faham akan keheningan yang Ezzaq beri, wajah Alayya langsung dihiasi senyuman lebar. Gadis ini mengangguk sekali tanda setuju.

Puan Maidah geleng kepala buat kali kedua. Dia tidak dapat nafikan, Ezzaq dan Alayya ini sudah seperti adik beradik. Faham kehendak seseorang hanya melalui raut wajah semata. Tidak hairan kerana Ezzaq dan Alayya ini sudah berteman sejak umur 5 tahun lagi.

"Hai Fayyad, awak nak kawan dengan kami?" Alayya hulurkan tangan pada Fayyad.

Fayyad yang masih ketakutan lihat tangan Alayya sebelum dongak kepala memandang Puan Maidah.
Puan Maidah beri anggukan dalam senyuman. Perkara itu sedikit sebanyak mewujudkan titik seronok dalam jiwa Fayyad.

"Mahu!" jawa Fayyad riang.

Senang hati Ezzaq mendengarnya. Nampaknya...geng Ezzaq bertambah! Lagi seronoklah Ezzaq mahu buli dan menyakitkan hati Alayya Dafeena.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now