40

1.2K 69 1
                                    

Penuh kesabaran Ezzaq Qayyum menanti cerita daripada sang isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penuh kesabaran Ezzaq Qayyum menanti cerita daripada sang isteri. Sejak tadi Alayya hanya bermain dengan dagu runcingnya seolah banyak betul kejadian yang berlaku dalam hidup gadis itu. 

"Sayang...seriously." Riak wajah Ezzaq bertukar serius, langsung tidak terselit main-main. Dia mahu tahu apa yang berlaku di antara Alayya serta Misha? 

"Kalau sayang cerita, abang akan percaya pada sayang ke?" soal Alayya sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahu...Ezzaq tidak percaya dan mula pandang serong pula pada Alayya. 

"Sayang, apa saja yang keluar daripada mulut sayang, abang percaya seratus peratus, tak kiralah walau sayang menipu sekalipun. Kadang, abang lagi percayakan sayang melebihi diri sendiri." Ezzaq bertingkah jujur. 

Alayya tersenyum suka. Mahu tidak suka? Lagi manis mulut Ezzaq, lagi berdebar teruk jantung Alayya. 

"Misha buat apa pada sayang? Abang tahu, dia yang mulakan. Betul tak?" hati Ezzaq kuat mengatakan itu yang terjadi.

Mustahil, sangat mustahil Alayya kenal dengan Misha tetapi tidak mustahil Misha kenal dengan Alayya kerana Ezzaq pernah sebut nama Alayya di depan Misha, juga pernah bawa Alayya makan di kafeteria IPD selepas pernikahan mereka. 

Alayya tidak mengangguk, tidak juga mengiyakan walau itulah kebenarannya. Alayya duduk bersila, menghadap Ezzaq di sebelah. 

"Sebelum sayang cerita, Misha tu-"

"Ya, Misha tu suka pada abang. Dia pernah mengaku dia suka pada abang, pernah cuba untuk dekat dengan abang tapi abang tak layan. Abang minta maaf, abang tak beritahu sayang tapi sejak abang tolak dia buat kali ketiga, dia memang tak ada kacau abang. Abang tak sangka pula dia jumpa dengan sayang semalam. Dia ada jumpa dengan sayang ke sebelum ni?" Ezzaq langsung memintas percakapan Alayya. 

Ezzaq seolah dapat rasa Alayya akan bertanya tentang perasaan Misha, disebabkan itu Ezzaq langsung berlaku jujur. 

Alayya mengangguk sekali dua. Alayya mahu tanya sama ada Ezzaq tahu ke tidak tentang perasaan sebenar Misha terhadap Ezzaq. Baguslah Ezzaq menjawab persoalan tersebut dengan pantas. 

"To make it short, dia datang pada sayang, menyampuk sewaktu sayang tengah bercakap dengan Konstabel yang jaga meja reception. Mula-mula dia tanya sama ada sayang nak jumpa abang ke? Lepastu dia cakap abang tak ada. Kemudian, dia pandang sayang atas bawah dan dia mula kata benda yang kurang enak didengar." Mudah saja cerita Alayya, tiada belit, tiada kiasan. 

"Apa ayat yang kurang enak didengar tu?" soal Ezzaq, ingin tahu. 

"Dia kata SPRM adalah badan beruniform low class. Dia rasa abang rugi sebab dapat isteri yang tak setaraf dengan abang. Dia kata dia jauh lebih bagus daripada sayang." Seolah tak ada perasaan Alayya menceritakan perkara tersebut. 

Yang sebetulnya, Alayya cuma sakit hati dengan Misha kerana Misha sebut nama Ezzaq dengan suara gedik. Sakit juga hati Alayya bila Misha tiada adab menyampuk perbualan Alayya dengan Konstabel itu. Tapi bab penghinaan kerja, Alayya langsung tak terasa hati kerana sebetulnya, Misha yang kalah dengan Alayya walau tanpa bertanding. 

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now