Ramai pegawai-pegawai berpangkat tinggi sudah menunggu Alayya di dalam ruang perbincangan. Alayya lihat wajah kesemuanya secara rawak sebelum menunduk kepala, tanda sapaan buat semua.
"Duduk di sini, Puan." Seorang daripada mereka menarik kerusi buat Alayya, mahu gadis ini labuh duduk di tempat yang paling dekat dengan sebuah alat peranti istimewa
Alat peranti ini gelap saja pada awalnya tetapi sebaik semua pegawai sudah bersedia, alat peranti itu langsung memancarkan sebuah gambar, gambar yang menyayat hati Alayya.
Gambar passport Ezzaq Qayyum.
"Inspektor Ezzaq Qayyum telah pun hilang selama lapan hari. Sehingga hari ini, tiada satu pun jejak dirinya yang ditemui. Rakan-rakan seperjuangan Ezzaq turut berusaha untuk cari jejaka tersebut tetapi gagal"
"Pihak PDRM sudah pun hantar beberapa anggota untuk mencari Inspektor Ezzaq Qayyum tetapi sepanjang tujuh hari operasi pencarian berjalan, mereka tidak jumpa walau seutas rambut Inspektor Ezzaq"
Pegawai wanita yang bertanggungjawab dalam menceritakan hal ini terus-terusan memberi maklumat tanpa henti.
Gambar pada alat peranti itu ditukar pada gambar suasana di hutan. Alayya meneka, inilah tempat di mana Ezzaq ditugaskan, di sini juga tempat di mana lelaki itu hilang.
"Inspektor Ezzaq bercakap dengan seorang rakan seperjuangannya hanya beberapa saat sebelum rakan seperjuangannya sedar akan ketiadaan Inspektor Ezzaq. Inspektor Ezzaq meminta diri untuk lenakan diri sebentar lalu bergerak mahu ke tempat tidur mereka pada malam itu"
"Sang rakan tidak menghantar Ezzaq melalui pandangan mata kerana rakan seperjuangannya sedang berjaga. Seperti yang kita tahu, para operator yang sedang berjaga tidak boleh hilang fokus mahupun lihat perkara lain selain fokus pada keadaan sekeliling"
"Rakan sepejuangannya memberitahu, dia terdengar bisikan, Allahuakhbar sebelum sedar Inspektor Ezzaq hilang. Rakan seperjuangannya juga baru sedar saat itu bahawa telapak kaki Ezzaq langsung tidak kedengaran sewaktu berjalan, membuatkan rakan seperjuangannya cuak"
Pegawai wanita itu akhirnya berhenti sebaik selesai memberi maklumat. Barulah Alayya tahu kisah sebenarnya. Tapi Alayya tetap hairan, bagaimana semudah itu Ezzaq boleh hilang?
"Jika musuh yang culik Ezzaq, kenapa operator yang berjaga waktu itu langsung tak dengar apa-apa?" seorang pegawai lelaki akhirnya bersuara untuk tanyakan persoalan yang terbuku lama di minda.
"Hairan juga...kenapa langsung tak ada bunyi tapak kaki? Boleh jadi, operator yang sedang bertugas itu kurang fokus," sahut pegawai yang berbeza.
"Atau boleh jadi...operator Ezzaq terlalu mamai dan melilau ke tempat lain." Suara lain turut memberi pandangan.
Alayya menggeleng perlahan.
"Isteri pada operator seolah mahu cakap sesuatu"
Alayya angkat kepala, lihat semuanya sekilas lalu.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...