Ezzaq Qayyum keluar daripada perut kereta, berlari anak lelaki ini untuk dapatkan sang isteri yang sedang berjalan untuk hampiri kereta yang dipandu Ezzaq.
"Sayang, I'm sorry..." ucap Ezzaq seraya ambil beg kerja sang isteri.
"Sorry kenapa?" soal Alayya hairan.
"Abang tak datang tengah hari tadi sedangkan abang dah janji," jawab Ezzaq dengan pantas.
"Tak apalah, abang. Kan abang dah beritahu sayang, SUPT Azhar datang. Siap beri gambar lagi. Sayang okay je. Lagipun tengah hari tadi sayang mengantuk sangat, jadi sayang buat keputusan untuk lelap mata sekejap sepanjang waktu rehat." Alayya memang tidak terasa hati, bukannya Ezzaq sengaja.
Ezzaq bukakan pintu kereta buat sang isteri.
"But still, I'm so sorry," ucap Ezzaq sekali lagi.
"Sayang maafkan"
Ezzaq mahu dengar itu saja sebenarnya, kemaafan daripada Alayya serta senyuman wanita itu. Saat Alayya terlihat baik-baik saja, barulah hati Ezzaq ini lega.
Ezzaq turut boloskan diri ke dalam kereta. Beg isterinya sudah diletakkan di tempat duduk belakang.
"Sampai rumah nanti abang nak tanya sesuatu," beritahu Ezzaq.
"Sayang pun still perlu cerita tentang peguam tu," kata Alayya.
Ezzaq mengangguk. Ezzaq rasa pertanyaannya dengan cerita Alayya pasti ada kena mengena.
Kurang daripada 15 minit, Alayya dan Ezzaq sudah tiba di rumah mereka. Alayya minta izin untuk solat Asar terlebih dahulu sebelum bercerita. Jika dia mula bercerita, lupa pula mahu tunaikan solat Asar nanti.
"Okay... abang percayakan sayang, kan?" Alayya lihat anak mata Ezzaq. Apa yang Alayya nampak di balik pandangan mata itu cuma perasaan cinta Ezzaq yang menebal, bukan perasaan benci mahupun menyampah.
"Ya sayang. Abang pernah cakap dulu, abang percayakan sayang lebih dari diri abang sendiri." Ezzaq ambil tangan isterinya lalu di elus dengan sangat lembut.
"Hmm... PDRM ada hantar dua peguam, perempuan dan lelaki. Ratna serta Muhammad. Ratna tu okay dengan sayang, dia banyak bercakap dengan sayang soal duit pampasan itu sahaja tapi Muhammad ni... dia... dia macam terpesong sikit"
"Ada satu hari, dua hari sebelum abang ditemukan, Muhammad datang rumah kita pukul 5:30 petang. Waktu macam sekarang ni, sayang baru balik kerja, dia tercegat depan rumah. Sayang ingat masa tu dia nak cakap soal duit pampasan tapi rupanya... dia pergi beritahu dia suka pada sayang." Cerita Alayya berhenti di situ.
Ezzaq terkesima. Ezzaq ingatkan makna di balik gambar itu cuma dua orang yang ada urusan saling berbual. Tak pula Ezzaq terfikir lelaki tersebut suka pada Alayya.
"Abang... abang dengar tak?" Alayya goncangkan lengan sang suami.
"Abang dengar sayang." Tangan Alayya di bawa semula ke dalam genggaman.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...