39

1.4K 74 8
                                    

Alayya leraikan pelukan mereka perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya leraikan pelukan mereka perlahan-lahan. Wajah Ezzaq lekas menjadi sajian retina mata Alayya. Spontan, tangan Alayya menyeka air mata Ezzaq yang tersisa pada pipi sang lelaki.

Redup pandangan Ezzaq melihat wajah jelita Alayya. Kelembutan pada wajah ini yang buat Ezzaq jatuh cinta suatu tika dahulu. Ezzaq takkan pernah lupa raut anggun ini, tidak walau sekali.

"Sayang tak tipu Ezzaq?" masih terselit getaran dalam suara si lelaki.

"Tak..." Alayya menggeleng, balas pandangan lelaki ini.

Bibir Ezzaq mengukir senyum bahagia, senyum yang langsung tidak terlihat seperti di buat-buat.

"Tapi andai sayang belum cintakan Ezzaq sekalipun...tak perlulah sehingga melutut macam ni, Ezzaq," kata Alayya, perlahan.

"Teruk sangat ke layanan sayang pada Ezzaq selama seminggu kita berkahwin? Baru seminggu tetapi Ezzaq sudah melutut pada Layya begini. Teruk ke...layanan sayang pada suami sayang?" Alayya bertanya dengan baik, memohon agar jejaka ini tidak menipu. Alayya tahu, dirinya teruk, terutama sekali selepas bergelar isteri pada Ezzaq.

"Satu minggu pada sayang...tapi 13 tahun buat Ezzaq." Jawapan Ezzaq itu ringkas tetapi memberi maksud yang sangat besar.

"Ezzaq melutut bukan kerana sayang layan Ezzaq dengan teruk tetapi kerana hati Ezzaq dah lama menginginkan sayang. Ya...baru satu minggu kita bergelar suami isteri tetapi sudah 13 tahun Ezzaq menanti cinta daripada Layya." Ezzaq lihat ke dalam anak mata Alayya.

Jika difikirkan semula, Ezzaq sendiri tak tahu bagaimana dia boleh bertahan sehingga 13 tahun tetapi mengalah selepas 7 hari menjadi suami. Mungkin kerana hati sudah penat menanti dan hanya mahu rasa cintanya terbalas.

"Sayang minta maaf..." ucap Alayya sebelum gigit bibir bahagian dalam.

Ezzaq geleng kepala.

"Sayang tak ada salah dengan Ezzaq. Ezzaq yang terlalu menaruh harapan. Terima kasih...sebab cintakan Ezzaq." Ezzaq pegang wajah mulus Alayya, mata lelaki ini hanya kekal pada anak mata Alayya, suka merenung ke dalam retina indah sang isteri.

Alayya pegang tangan suaminya. Tersenyum kecil gadis ini melihat wajah tampan suaminya. Jadi inilah dia bahagia saat berjumpa dengan pasangan yang tepat, yang begitu menghargai diri kita sepenuh hati.

●●●●●

Sepasang mata Ezzaq masih jelas terbuka, melihat wajah Alayya Dafeena tanpa jemu. Gadis ini berbaring di sebelah Ezzaq, tidur lena menghadap Ezzaq.

Perlahan-lahan jari telunjuk Ezzaq menyisir helaian anak rambut Alayya yang berada di dahi sang gadis. Jari telunjuk lelaki itu kemudian turun meninjau ke seluruh pelosok wajah Alayya.

Tak henti hati Ezzaq bermonolog sendiri, memuji keindahan Alayya yang masih jelas terlihat walau dalam keadaan ruang yang sedang malap.

Ketika rasa ada yang menyentuh hidung, Alayya terjaga daripada lena. Ezzaq langsung hentikan tingkahnya, tak mahu Alayya terbangun. Tetapi, ia sudah terlambat.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now