68

6.4K 324 10
                                    

Rayyan Hadif tutup pintu penumpang belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan Hadif tutup pintu penumpang belakang. Sebuah kotak berisi barangan Ezzaq sudah terletak sempurna.

"Putri, Rayyan, kalau aku mahu berjumpa dengan wartawan-wartawan di luar, boleh?" Alayya mahu keizinan dua orang ini terlebih dahulu.

Putri lihat sang suami bersama raut risau.

"Kau tahu kan wartawan ni macam mana? Kalau dia nak tanya soalan, dia akan tanya je tanpa fikir keadaan kau. Kau dah bersedia?" Rayyan mahu Alayya jawab sendiri pertanyaan ini.

"Aku cuma mahu sampaikan sesuatu tapi kau jangan risau, aku takkan burukkan mana-mana pihak. Aku cuma rasa, aku perlu beri statement walau sekali." Alayya ada pilihan untuk jawab atau tidak jawab soalan para wartawan.

Jika Alayya rasa soalan itu melampau, Alayya akan abaikan sahaja. Tiada perkara lain yang dapat tandingi sakit hati Alayya sekarang melainkan pemergian Ezzaq. Berilah soalan sebodoh mana sekalipun, Alayya percaya ia tak sesakit saat tahu Ezzaq tidak akan pulang.

"Okay kalau macam tu. Aku rasa lebih baik aku ada dekat sana sekali. Lari sekejap, orang jabatan akan call aku jika mereka perlukan aku." Rayyan lihat pagar masuk utama ke dalam IPD ini.

"Alayya dan Putri bawa kereta dan berhenti betul-betul belakang pagar, jangan keluar daripada pagar. Nanti Rayyan akan bawa Alayya keluar, jumpa wartawan. Putri mungkin boleh berdiri di sebelah Layya, jadi support system. Rayyan akan jaga korang berdua daripada belakang." Rayyan beri perancangan ringkas.

Putri hanya mengangguk, mengerti akan perkara itu. Alayya terus masuk ke dalam kereta. Gadis ini kawal pernafasannya. Segala benda yang ingin Alayya cakapkan sudah pun dikarang dalam kepala.

Rayyan berlari ke pagar utama. Beberapa saat kemudian, kereta Putri terpakir berdekatan pagar. Perkara itu langsung mendapat perhatian wartawan.

Saat Alayya keluar saja daripada kereta, kesemua yang berada di situ sibuk memanggil Alayya tanpa henti. Alayya ambil satu demi satu tapak sehingga dia keluar daripada pagar utama IPD.

Alayya berada di tengah-tengah kerumunan wartawan. Ada yang sedang buat siaran langsung, ada yang merakam, ada juga yang menangkap gambar.

"Bagaimana perasaan Puan sekarang?"

"Arwah ada tunjuk apa-apa tanda tak sebelum pergi?"

"Bila kali terakhir Puan contact dengan suami?"

"Katanya Puan dan suami merupakan sahabat daripada kecil, betul ke?"

"Boleh lihat gambar kahwin?"

"Apa pesanan terakhir suami?"

"Puan buat apa di IPD hari ini?"

Alayya diserang bertubi soalan. Soalan yang tiada kena mengena juga turut di soal oleh wartawan-wartawan ini. Namun, Alayya tidak berniat untuk menjawab walau satu pun soalan tersebut.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now