Alayya Dafeena bawa keluar uniform SPRM yang tergantung elok dalam almari. Esok, Alayya sudah mula kerja semula selepas bercuti satu hari. Bila difikirkan balik, cuti yang paling tidak seronok adalah cuti di pertengahan minggu.
Uniform ini perlu di gosok memandangkan Alayya perlu memakainya esok. Tangan gadis ini kemudian membuka laci yang turut berada pada almari yang sama, bawa keluar sehelai bawal bewarna hitam untuk di gosok.
Kaki menapak ke bilik ketiga dalam rumah ini. Bilik yang berada bersebelahan dengan bilik utama, Ezzaq jadikan sebagai ruang solat mereka. Lalu bilik berdekatan dapur ini dijadikan bilik kerja Ezzaq serta tempat menyimpan pakaian.
Boleh dikatakan, setiap bilik dalam rumah digunakan oleh mereka. Bagus juga idea Ezzaq buat begini. Tidaklah sunyi lagi dua bilik itu, tidak mengundang makhluk-makhluk yang tidak sepatutnya.
Alayya letakkan uniformnya di atas papan penggosok. Seterika dihidupkan. Sambil menunggu, gadis ini berfikir, di mana agaknya Ezzaq letak uniform polis serta UTK miliknya? Kerana dalam almari bilik mereka hanya dipenuhi dengan baju biasa Ezzaq, yang digunakan saat keluar rumah serta duduk di rumah.
Hairan juga Alayya kerana tidak nampak kelibat uniform lelaki itu di mana-mana. Kata Ezzaq, esok dia akan bekerja. Jadi, tak salah kalau Alayya mahu gosokkan uniform lelaki itu, betul tak?
Alayya kembali ke bilik tidur mereka. Sebelum keluar tadi, Ezzaq masih berada dalam bilik air, belum selesai mandi.
Alayya pulas tombol pintu sebelum kuak pintu bilik dengan perlahan. Sepasang anak mata gelap milik Alayya langsung tertancap pada tubuh sasa suaminya yang hanya ditutupi tuala mandi paras lutut. Terpampar dada bidang Ezzaq.
Kelam kabut Alayya keluar semula daripada bilik. Tidak jadi gadis ini mahu bertanya pada suaminya. Niat dah terbatal! Tak apalah. Kebaikan itu akan dilakukan pada lain hari.
Ezzaq tidak sempat beri riaksi apa-apa. Dirinya sendiri termangu saat lihat Alayya di muka pintu. Ezzaq tidak kesah jika Alayya mahu masuk, jadi kenapa isterinya cuak seolah nampak hantu?
Ezzaq segera sarungkan pakaian pada tubuh. Tuala yang digunakan sudah tersidai di tempatnya. Niat Ezzaq mahu tunaikan solat Zohor selepas berpakaian tapi nampaknya Ezzaq perlu dapatkan Alayya dahulu, bertanya tentang apa yang gadis itu mahu.
"Sayang." Seruan daripada Ezzaq mengecutkan perut Alayya. Gadis ini buat-buat tidak dengar, fokus dengan perbuatan menggosok bajunya.
"Sayang?" Ezzaq masih belum jumpa bayang sang isteri. Jangan kata Alayya lari keluar rumah sudah.
Lega hati Ezzaq sebaik lihat figura isterinya berada dalam bilik kerja Ezzaq.
"Kenapa sayang? Ezzaq dah selesai. Kalau sayang nak ambil apa-apa dalam bilik tu, sayang ambillah," kata Ezzaq sambil berdiri di muka pintu, sisi tubuhnya disandarkan pada bingkai pintu.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...