28

8.3K 379 16
                                    

Ezzaq Qayyum masukkan baju yang ingin di bawa ke dalam beg galas kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezzaq Qayyum masukkan baju yang ingin di bawa ke dalam beg galas kecil. Esok merupakan hari perbarisan yang di nanti oleh para rakyat, juga hari pengakhiran yang paling di nanti oleh Ezzaq.

Saat sedang sibuk, Ezzaq tersentak apabila dengar bunyi pintu bilik di kuak dengan agak kasar daripada luar. Lelaki ini sudah bersedia hendak keluarkan segala seni pertahankan diri yang Ezzaq pelajari, kot la ada pencuri menceroboh masuk. Jika benar, maka pencuri itu memang cari maut kerana ceroboh rumah seorang pegawai polis.

Saat nampak wajah sang isteri menerpa masuk dalam bilik, hati Ezzaq langsung tenang yang teramat. Lega rasanya. Tapi, ketika lihat raut tegang sang isteri, jantung Ezzaq kembali berdegup kencang.

"Sayang?" Ezzaq tinggalkan dahulu beg bajunya, lantas dekati Alayya yang sudah duduk di meja solek.

"Mereka dah tutup jalan. Layya kena pusing jauh untuk balik rumah. Pening kepala." Alayya cerita secara ringkas mengapa emosinya tak betul di petang hari.

"Ezzaq ingat sayang dah tahu mereka tutup jalan. Ini bukan kali pertama mereka buat perbarisan di Putrajaya." Ezzaq berdiri di belakang sang isteri.

"Tahun ni dia tutup lebih banyak jalan tanpa notis awal. Kereta pun dah mula banyak tadi." Alayya lihat diri di hadapan cermin, cuba untuk kawal riak wajah agar tidak terlihat begitu garang. Kasihan pada Ezzaq. Lelaki itu tak bersalah.

"It's okay. You're home now. Esok cuti, kan? Hari Jumaat nanti, sayang pergi kerja, jalan semua dah kembali seperti biasa." Ezzaq buka jarum peniti yang terletak di atas kepala Alayya bagi elak gerakan tudung si wanita.

Jarum peniti itu dicucukan pada tempat tersedia yang Alayya guna untuk cucuk segala jenis jarum tudung.

"Sayang mesti letih. Pergi mandi dulu, solat Asar, kemudian rehat." Ezzaq usap bahu isterinya, mahu pujuk Alayya agar kembali tenang.

Daripada cermin meja solek, Alayya dapat lihat beg sandang Ezzaq serta beberapa pakaian lelaki itu di atas katil.

"Ezzaq gerak pukul berapa? Memang perlu gerak awal ke? Perbarisan mula pukul 8 pagi esok, kan?" Alayya lihat wajah suami melalui pantulan cermin sahaja.

"Biasalah sayang, acara macam ni memang memerlukan penyediaan awal. Walaupun mula pukul 8 pagi, kami tetap perlu siap seawal 5 pagi"

Alayya mengangguk sekali dua.

"Tidur nyenyak ya malam ni? Mungkin, Ezzaq akan sampai rumah waktu Zohor esok jika tiada apa-apa"

Alayya tidak beri jawapan kali ini. Tidur nyenyak...maknanya Ezzaq okay sahaja kalau Alayya tak pergi ke dataran dan beri sokongan? Haritu bukan main memujuk, sekarang tak peduli jika tiada.

Mungkin Ezzaq juga tak mahu memaksa. Tempat ramai orang begitu bukanlah kegemaran Alayya. Tapi...tidak salah meredah demi susuk yang penting dalam hidup kita.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now