35

8K 343 0
                                    

Ezzaq Qayyum buka mata perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezzaq Qayyum buka mata perlahan-lahan. Pandangan gelap lelaki ini lantas bertukar malap. Ezzaq dapat dengar dengusan nafasnya yang saling berlaga dengan kain pelitup muka. Matahari baru saja ingin menerangi bumi Malaysia tetapi Ezzaq dan kumpulannya sudah berada di posisi yang mereka tetapkan. 

Ezzaq bertindak untuk menghendap masuk daripada belakang, membiarkan Rayyan mengetuai kumpulan hendap di bahagian hadapan. Jejaka ini sentuh telinganya yang berlapik kain sebelum tumpukan perhatian sepenuhnya dalam operasi mereka kali ini. 

"Code name, Helang. Ready to go in." Ezzaq bercakap menggunakan nada rendah, hanya cukup untuk beri ahli kumpulan lain cakna akan situasi Ezzaq sekarang. 

"Code name, Gagak. Four of us ready to go in." Suara Rayyan membalas kedengaran melalui alat yang tersumbat dalam telinga Ezzaq. 

"Bismillahi Tawakkaltu A'lallah..." Ezzaq tarik nafas panjang sebelum beri tendangan hebat pada pintu masuk penjara bahagian belakang. 

Senapang masih setia menemani Ezzaq. Penuh hati-hati Ezzaq masuk ke dalam penjara Taiping ini tanpa sebarang suara mahupun derapan kaki. Scope pada senapang digunakan oleh mata Ezzaq untuk lihat ke seluruh tempat. 

Ezzaq dan tiga pegawai khas yang lain membelah kaki lima tingkat pertama penjara ini. Tujuan mereka hanya untuk pergi ke dewan makan penjara, tempat di mana pengganas-pengganas itu berkumpul. 

"Singa." Ezzaq mahukan maklumat daripada seorang pegawai yang membuntuti Ezzaq. 

"Clear." Hanya sepatah jawapan yang Nazri beri pada Ezzaq. Mata Nazri langsung tidak berhenti fokus daripada perhatikan sekeliling mereka. Jika Nazri lalai walau sesaat, nyawa keempat-empat mereka mungkin dalam bahaya. 

"Kumpulan Helang sudah berada 100 meter daripada dewan makan." Ezzaq beri maklumat baharu pada Rayyan. 

"150 meters." Rayyan sahut maklumat baharu Ezzaq dengan keberadaan kumpulannya pula. Tidak perlu ayat yang begitu sempurna, cukuplah sampaikan point penting sahaja supaya Ezzaq dapat keluarkan arahan seterusnya. 

"Jerung." Ezzaq petik nama pegawai khas yang lain. Tubuh Ezzaq sudah bersandar pada dinding batu serapat mungkin. Senapang turut di peluk dengan erat. 

"Ada lebih kurang 13 orang pengganas yang sedang leka dengan aktiviti mereka. Seperti anggaran kita, 20 orang tebusan diletakkan dalam dapur basah." Jerung beri maklumat yang Ezzaq mahu. 

"Ingat, tiada penumpahan darah," tegas Ezzaq pada tujuh orang ahli kumpulan yang lain. 

"Bergerak!" saat dengar saja arahan itu keluar daripada mulut Ezzaq, kelapan-lapan mereka berdiri separa bongkong, langsung masuk ke dalam dewan makan sambil hala senjata api pada setiap pengganas yang ada. 

"Mengalah sekarang atau kami terpaksa menggunakan kekerasan!" tempik Ezzaq sekuat hati. 

Nazri dan dua orang pegawai khas yang lain sudah simpan senapang mereka, fokus berlawan dengan budak-budak pengganas menggunakan seni pertahankan diri. 

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now