Noor Misha berlari anak keluar daripada bilik tidur, segera dapatkan ayahnya yang sedang berehat senang di gazebo luar rumah.
"Bapa! Bapa!" Misha menari sambil menggelitis hebat, seronok apabila baca berita yang satu ini.
"Kau dah kenapa?" tegur Encik Manaf, menyampah.
"Mereka dah hentikan misi pencarian Ezzaq!" Misha bersorak gembira. Gadis ini melompat berkali-kali bersama tangan di udara.
"Itu bapa pun tahu..." Encik Manaf kembali melihat telefon.
"Maksudnya, Misha tak dapat Ezzaq, si Alayya bengap tu pun tak dapat dia! Padan muka...itulah berlagak sangat." Bibir Misha tersungging ke atas, puas hati dia mendengar berita hari ini.
Encik Manaf hanya diam. Kehilangan Ezzaq bukanlah satu benda yang Encik Manaf mahu sebenarnya. Encik Manaf baru berangan-angan mahu peroleh menantu Inspektor. Dapatlah kahwinkan Misha ini di bawah pedang. Kemudian semua orang akan memandang Encik Manaf dengan pandangan hebat. Maklumlah, satu keluarga bekerja sebagai polis.
"Lepastukan bapa, ini cerita terbaru, bapa mesti tak tahu lagi. Mereka mahu beri Alayya duit pampasan. RM500 ribu!" Misha duduk di hadapan bapanya.
Mata Encik Manaf terjegil, terkejut dengar jumlah yang ingin mereka beri pada Alayya.
"Ya bapa! Banyak gila kan?! Sebab tu Misha ada rancang sesuatu... apa kata bapa pergi cucuk mereka, minta separuh daripada duit pampasan tu. Si Alayya tu mana boleh pegang duit banyak-banyak, nanti dia guna duit tu untuk bermewah dan kahwin lain. Bahaya bapa! Mereka mesti akan beri pada bapa sikit, bapa kan ayah saudara Ezzaq." Misha jongketkan kedua belah kening.
"Memang banyak sangat jumlah tu... nak beri pada seorang saja untuk apa? Lagipun perempuan tu berlagak sangat dengan pangkat dia, biarlah dia cari duit sendiri." Encik Manaf berbisik perlahan.
"Katanya tengah mengandung..." Misha mencebik, enggan percaya. Entah-entah itu berita palsu! Hanya mahu raih simpati masyarakat.
"Anak Ezzaq ke? Yakin?" Encik Manaf ragu-ragu.
"Itulah Misha kata! Kita kena ajar sikit perempuan macam tu. Bapa ambil je duit pampasan dia. You deserve it. Bapa pun ada jaga Ezzaq juga apa? Mereka mana boleh lupakan jasa bapa macam tu saja!" Misha beri keyakinan pada Encik Manaf.
Misha kalau boleh tak mahu Alayya tu terus berasa senang. Misha mahu siksa Alayya dalam diam. Sikit demi sikit sehingga Alayya masuk ke dalam hospital psikiatri. Biar wanita itu rasa sakit yang Misha rasa.
Encik Manaf mengangguk lambat-lambat.
"Tak apa, bapa akan cakap dengan mereka. Pandailah bapa selesaikan." Encik Manaf terus tersenyum senget.
Sukalah lelaki ini bila mengenangkan jumlah duit yang banyak. Jika Alayya boleh dapat, maksudnya Encik Manaf juga boleh. Seperti kata Misha, Encik Manaf juga pernah jaga Ezzaq!
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...