77

8.6K 324 1
                                    

Alayya Dafeena beri laluan pada Ezzaq agar dapat masuk ke dalam rumah mereka terlebih dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya Dafeena beri laluan pada Ezzaq agar dapat masuk ke dalam rumah mereka terlebih dahulu. Ezzaq menapak bersama ucapan salam. Spontan, jiwa Ezzaq langsung tenang. Ezzaq benar-benar rasa dirinya sudah benar-benar selamat sekarang.

Masuk saja ke dalam rumah, Ezzaq dapat bau minyak angin mengisi seisi rumah. Ezzaq tersenyum kecil, melihat ke belakang untuk cari sang isteri.

"Kenapa abang?" tanya Alayya ketika sedar suaminya sedang memandang ke arahnya.

"Macam mana sayang makan sebelum ni? Takkanlah sayang tak makan langsung?" Ezzaq tiba-tiba terdetik mahu tahu.

"Tutup hidung, makan. Tapi dua jam lepastu, bersedia untuk ke bilik air." Alayya tertawa kecil saat ucapkan ayat tersebut.

"Sayang... seriously. Takkan tak boleh makan langsung?" Ezzaq tahan lengan Alayya, elak Alayya agar pergi ke mana-mana sebelum jawab pertanyaan Ezzaq.

"Makanan kering yang tak ada bau sangat, macam roti, sayang boleh makan cuma tak boleh makan banyak, cukup untuk isi perut. Biskut kering pun okay. Lepastu... benda yang masam." Alayya memberitahu makanan yang boleh ditelan.

Tipulah jika Alayya tak ada cuba apa-apa makanan sebelum ni. Macam-macam Alayya cuba untuk isi perut agar anaknya terus terjaga. Hasil eksperimen ringkas Alayya, dia hanya boleh makan sikit sahaja, bukan terlalu banyak.

Ezzaq mengangguk.

"Selalu rutin sayang makan apa?" tanya Ezzaq lagi.

"Biskut kering bergula pada waktu pagi. Tengah hari sayang tak makan sebab tak mahu mual di tempat kerja. Malam sayang makan roti kosong, sapu planta dan gula. Kalau sayang mual, ada gula-gula asam dalam poket." Alayya tepuk poket seluar yang di pakai sebelum beredar masuk ke dalam bilik.

Ezzaq mengekori Alayya. Itu saja yang isterinya makan sepanjang mengandung? Patutlah Alayya kurus begini, patutlah doktor sering masukkan air ke dalam badannya.

Ezzaq masuk ke dalam bilik, langsung dekati isterinya yang sedang buka tudung. Ezzaq tak mahu berjauhan walau sekejap pun dengan Alayya.

Ezzaq didatangi beberapa orang pegawai sepanjang tiga hari Ezzaq di hospital. Ezzaq di soal, juga terima arahan bahawa jejaka itu peroleh cuti selama tujuh hari sejak Ezzaq keluar daripada hospital. Ezzaq tak akan sia-siakan masa cutinya. Dia mahu lepaskan rindu pada Alayya.

Namun, saat berdiri di hadapan meja solek, Ezzaq perasan akan botol-botol ubat serta beberapa botol air masak di meja tersebut. Ezzaq ambil air itu terlebih dahulu, di belek botol plastik tersebut secara rawak.

"Air bacaan?" Ezzaq bertanya. Alayya sudah cerita tentang kisah mistik itu pada Ezzaq jadi Ezzaq hanya meneka, di tangannya sekarang merupakan air bacaan.

"Ya." Alayya mengangguk.

Ezzaq letak semula botol itu di tempatnya sebelum belek botol ubat-ubatan Alayya. Tak pernah pula Ezzaq nampak ubat ini semua.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now