67

6.5K 337 10
                                    

Alayya Dafeena berpakaian serba putih hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya Dafeena berpakaian serba putih hari ini. Jubah putih tanpa sebarang corak, dipandakan dengan tudung bawal putih yang begitu ringkas gayanya.

Alayya enggan memakai baju hitam. Dia tidak mahu terlihat seperti seorang yang kematian ahli keluarga kerana sehingga sekarang, Alayya masih tidak boleh terima bahawa Ezzaq sudah tiada.

Mungkin...jika jasad Ezzaq diperlihatkan di hadapan Alayya, Alayya boleh cuba reda dan terima pemergiannya. Namun, saat tubuh Ezzaq langsung tak dijumpai, Alayya berat hati mahu lepaskan Ezzaq.

Alayya perlu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini. Hari ini, masuk hari kedua selepas Alayya terima berita menyedihkan itu. Sudah tiba masa untuk Alayya kemas pejabat Ezzaq, bawa pulang barang-barang lelaki itu ke rumah mereka.

Masih banyak benda yang perlu Alayya selesaikan. Soal harta Ezzaq, tentang insurans lelaki itu, terlalu banyak benda berlegar dalam kepala Alayya. Jadi Alayya buat keputusan untuk mula dengan perkara yang paling mudah.

Putri ambil cuti hari ini semata-mata mahu teman Alayya ke IPD Putrajaya. Putri enggan biarkan Alayya memandu seorang diri, bahaya buat wanita itu. Jadi Putri sanggup cuti agar Alayya terjaga.

"Ya, biy? Kenapa?" Putri letakkan telefon di peha, mahu fokus memandu dan tak mahu pegang telefon.

Mengapa pula Rayyan telefon pada waktu begini. Selalunya lelaki itu akan sibuk saat berada di tempat kerja.

"Sayang, biy cuma nak beritahu dekat luar IPD Putrajaya ni dah ada ramai wartawan. Tapi mereka berada di luar pagar. Jadi...seeloknya nanti bila sayang nak masuk, kalau ada anggota yang tahan sayang di pintu masuk, make sure sayang cuma buka tingkap sayang. Just say you bring Ezzaq's wife and they will let you in," beritahu Rayyan.

Rayyan risau akan keselematan kedua wanita ini. Sudahlah tiada yang menjaga mereka. Takut kalau-kalau Alayya pengsan jika di serang berpuluh soalan. Para wartawan memang sudah lama mahu bertemu dan menyoal Alayya sendiri.

"Ouh okay biy. Thanks for letting me know." Baguslah Rayyan beritahu awal-awal, sekurangnya Putri bersedia akan segala perkara.

Alayya masih kekal di tempat duduknya, tidak berganjak walau sedikit. Pandangan hanya di buang ke arah luar tingkap.

Usah tanya betapa bengkaknya mata Alayya sekarang. Bola mata putih Alayya turut merah. Hidung serta pipi Alayya juga begitu, berona merah. Selama dua hari, Alayya menangis tanpa henti sehingga rasa air matanya sudah kering sepenuhnya. Langsung tiada sisa lagi buat Alayya tangisi kepergian sang suami.

Tiba sahaja di hadapan IPD Putrajaya, mereka dapat lihat van-van serta kereta yang terparkir. Suasananya hampir sama seperti keadaan di IPK Shah Alam satu bulan lepas. Semuanya sibuk mahu bertemu Alayya.

Seperti biasa, Putri di tahan oleh anggota polis yang bertugas. Putri buka sedikit tingkap keretanya untuk bercakap dengan anggota tersebut.

"Saya bawa isteri Inspektor Ezzaq, Encik. Kami perlu ambil barang-barang Inspektor Ezzaq." Putri memberitahu.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now