23

8.1K 353 16
                                    

Ezzaq Qayyum tutup televisyen yang terbuka sejak Ishak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ezzaq Qayyum tutup televisyen yang terbuka sejak Ishak tadi. Lelaki ini bersandar pada kepala sofa, ingin hilangkan segala rasa letih serta penatnya sepanjang hari ini.

Selang sesaat, Ezzaq menoleh kepala, lihat biliknya bersama Alayya.

"Isteri aku ni...tak nak panggil aku masuk ke?" gumam Ezzaq seorang diri.

Daripada Ezzaq keluar bilik petang tadi sehingga sekarang, suara Alayya langsung tak kedengaran. Wanita itu juga tidak keluar bilik menunjuk muka apatah lagi mengajak Ezzaq masuk ke dalam.

Ezzaq menunggu sahaja daripada tadi, bila agaknya Alayya mahu panggil Ezzaq. Tapi sampai ke sudah, tiada apa-apa yang menyeru Ezzaq.

Jejaka ini tumbuk bahu sendiri sebelum usap tengkuk sekali dua. Tak dapat tahan lagi, dia memang perlu masuk tidur sekarang. Tubuhnya sudah memanggil tilam tanpa henti.

Ezzaq tutup segala lampu ruang tamu serta dapur. Lantas kaki menghayun langkah untuk masuk ke dalam bilik. Buka saja pintu, lampu terang benderang terus menyucuk kornea mata.

"Sayang?" Ezzaq cari bayang sang isteri.

Saat mata menangkap susuk Alayya yang sedang terbaring atas katil, Ezzaq langsung tutup mulut, berusaha untuk tidak wujudkan sebarang bunyi.

Alayya sudah tidur rupanya, patutlah diam saja tidak memanggil Ezzaq di luar. Ezzaq ambil satu tapak demi satu tapak, dekati Alayya yang baring di hujung katil.

Selepas berbelas tahun, inilah kali pertama Ezzaq nampak rambut ikal mayang Alayya. Wangian yang datang daripada rambut wanita ini berjaya menimbulkan senyum pada wajah Ezzaq.

Ezzaq duduk di birai katil. Tangannya naik perlahan-lahan, mengelus pipi gebu Alayya. Seluruh wajah wanita ini di tatap bersama satu perasaan kasih. Ezzaq tak pernah sangka, dia berpeluang untuk rasai situasi begini.

Ibu jari Ezzaq mendarat pada kening Alayya, di usap kening gadis ini penuh kelembutan, menyalurkan segala cinta yang Ezzaq pedam selama ini.

"Cantiknya isteri Ezzaq..." bisik sang lelaki, perlahan.

"Ezzaq tak tahu, macam mana kita boleh berada dalam situasi ini. Apabila di fikir semula, semuanya berlaku dengan pantas. Syukurlah, Dafeena berada dalam jagaan Ezzaq sekarang." Ezzaq naik mengelus rambut Alayya pula. Semuanya dilakukan dengan hati-hati agar tak ganggu lena Alayya.

"Alayya..." Ezzaq memanggil isterinya bersama suara rendah. Jarang sekali Ezzaq sebut nama pertama Alayya. Apabila mulut mengeluarkan nama itu, jantung Ezzaq pasti berdegup kencang. Satu nama yang begitu istimewa dan unik, nama yang paling beharga dalam hidup Ezzaq.

"Izinkan Ezzaq untuk sentuh Alayya begini waktu Alayya sedang tidur. Ezzaq tahu, satu-satunya masa yang Ezzaq ada untuk belai Alayya adalah pada waktu Alayya sedang lena di buai mimpi. Maaf sayang." Ezzaq beri kucupan pertama pada ubun-ubun sang isteri.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now