52

933 61 0
                                    

Ezzaq Qayyum ambil layang-layang yang dihulurkan oleh Ammar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezzaq Qayyum ambil layang-layang yang dihulurkan oleh Ammar. Kening jejaka ini berkerut lihat lubang koyakan pada layan-layang tersebut.

"Malam-malam korang main layang-layang, mestilah burung tak nampak dan terlanggar layang-layang korang. Kesian burung tu." Ezzaq jauhkan layang-layang ini daripada pandangan mata, sedang fikir bagaimana nak selesaikan masalah koyakannya.

"Burung tu la yang salah, bang. Kenapa dia keluar waktu malam?" Ammar menjawab.

"Betul. Lagipun angin malam lagi kuat daripada angin siang. Lagi best main layang-layang waktu malam." Anas menyampuk.

"Korang ada kertas dengan selotep?" Ezzaq endahkan kenyataan Anas serta Ammar dan lantas bertanya.

"Gam boleh tak, bang?" soal Ammar semula.

"Gam kuat tak? Kalau tak kuat, dia tercabut nanti." Ezzaq berdiri dari duduknya.

Puan Maidah dan Alayya yang turut berada di sini hanya jadi pemerhati sedari tadi.

"Abang ni, hebatlah, tahu semua benda. Abang polis kan?" terlepas juga soalan itu daripada mulut Anas.

"Ya, kenapa? Nak kena gari?" Ezzaq berloyar buruk.

"Best tak jadi polis, bang?" Ammar dah tak peduli dengan layang-layangnya. Jiwa Ammar berdetak hebat saat dengar tentang polis itu.

"Best! Tapi Ammar, Ammar jangan jadi polis berbaju hitam. Nanti hati Ammar akan rasa sesuatu yang begitu sukar untuk diluahkan." Ezzaq beri amaran awal-awal pada Ammar. Maklumlah, dah ada perancangan masa depan dengan Zarina kan.

Alayya tertawa halus. Ada sajalah lawak jenaka si Ezzaq ni. Geram pula Alayya tapi hatinya geli dengar Ezzaq kata begitu.

"Mana ada polis baju hitam." Anas berkata.

"Aip! Abang polis ke, Anas polis?" Ezzaq lihat tubuh kerdil Anas.

"Abang"

"Jadi abang lagi tahu. Polis baju hitam tu wujud." Ezzaq pegang layang-layang ini menggunakan sebelah tangan.

"Sayang, abang pergi betulkan layang-layang diaorang ni sekejap." Ezzaq lihat Alayya, memberitahu.

Alayya hanya mengangguk.

"Polis hitam tu polis apa, bang? Tak pernah nampak pun." Anas terus-terusan bertanya dek keliru.

Tak berganjak mata Alayya memandang Ezzaq yang perlahan-lahan berlalu pergi. Puan Maidah perhati saja, tidak berkelip mata langsung!

"Lebar senyum. Seronok?" teguran Puan Maidah itu mengejutkan Alayya.

Alayya berdehem sekali dua.

"Seronok apa, umi?" tanya Alayya untuk kepastian.

"Bila dah belajar terima Ezzaq, seronok tak rasanya?" Puan Maidah ajukan soalan yang lebih jelas kali ini.

Sebenarnya, daripada riak wajah Alayya sahaja Puan Maidah sudah dapat teka, gadis ini bahagia. Tapi sengaja, Puan Maidah mahu dengar sendiri dari mulut gadis ini.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now