Hujung minggu pasangan pengantin baharu ini berlalu seperti biasa. Semenjak keduanya pulang daripada ziarah kubur Fayyad, mereka langsung tidak keluar daripada dapur rumah. Tengah hari tadi, mereka sibuk memasak. Petang ini, keduanya sama-sama uruskan bahan masakan untuk di siang, di simpan dan di potong agar lebih senang.
Ezzaq berada di sinki rumah, menyiang ikan serta sayur yang mereka beli malam semalam. Sementara Alayya sibuk di meja makan mereka, memotong bawang dan kisir bawang tersebut untuk dijadikan stok. Mudah saat mahu masak nanti, tidak perlu renyah memotong bawang.
Hening suasana di antara mereka. Masing-masing fokus dengan tugasan tapi tipulah jika Ezzaq kata dia tidak bosan dengan situasi begini.
"Sayang." Kesepian di antara mereka akhirnya dipecahkan oleh Ezzaq.
"Hm"
"Sebelum ni sayang bergerak pergi kerja pukul berapa?" tanya Ezzaq.
"6:45"
"Sayang sampai tempat kerja pukul berapa?"
"Tujuh"
Tidak hairan kerana rumah Alayya benar-benar dekat dengan pejabat SPRM.
"Lepasni, sayang nak Ezzaq hantar ke tempat kerja?"
"Tak apa, Layya boleh pergi sendiri." Tiada sebarang alunan nada pada jawapan Alayya. Kedengaran amat bersahaja.
"Ezzaq tahu, sayang boleh pergi sendiri tapi tak salah kalau Ezzaq nak hantar sayang." Pada Ezzaq, mungkin dengan cara ini hubungan mereka akan lebih rapat.
Memang benar, Alayya tidak bertingkah kurang ajar. Ezzaq dapat panggil Alayya dengan nama panggilan yang manis, Alayya juga benarkan Ezzaq sentuh tubuh Alayya selagi ia tidak melebihi batas. Tetapi, Ezzaq tetap rasa Alayya masih bina dinding tebal di antara mereka.
"Mungkin satu atau dua kali sudah memadai. Kalau setiap hari, tak perlu kot. Kalau Ezzaq hantar Layya, Layya tak ada kereta di sana, susah Layya nak bergerak. Ezzaq tahu kerja Layya macam mana. Kadang kalau tak ada siasatan, Layya tetap mahu keluar makan tengah hari di tempat lain yang bukan berdekatan situ"
Alayya masih sibuk dengan kupasan bawang, langsung tidak sedar perbuatan menyiang ikan Ezzaq sudah terhenti.
Alasan Alayya itu tidak salah. Memang benar, Alayya perlu banyak bergerak. Gadis itu juga suka bergerak. Mengapa Ezzaq tak fikir perkara itu?
"Pedih." Alayya tinggalkan segala perkara yang sedang dia lakukan, langsung bergerak untuk dapatkan tisu dapur.
Ezzaq turut sama basuh tangan, ingin dapatkan isterinya yang berdiri di hujung meja makan.
"Basuh mata sayang." Ezzaq dapatkan lengan Alayya, ingin bawa gadis ini ke sinki tetapi pantas saja Alayya menolak.
"Layya ke bilik air. Ezzaq sambunglah kerja." Kepala Alayya sudah mendongak bersama kerdipan mata yang tak henti. Kaki menapak terus ke bilik air untuk cuci mata serta wajah.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...