47

7.5K 330 2
                                    

Pintu bilik tidur Alayya bersama Ezzaq terkuak perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik tidur Alayya bersama Ezzaq terkuak perlahan-lahan. Halus saja bunyi derapan kaki masuk ke dalam bilik. Pintu di tutup rapat sebelum di kunci.

Ezzaq letakkan begnya di tepi meja solek sebelum lihat Alayya yang tertidur nyenyak atas katil. Ezzaq tersenyum tipis. Wajah ini akhirnya menghiasi pandangan mata Ezzaq.

Ezzaq bertindak untuk ambil baju bersih dan mandi di bilik air belakang terlebih dahulu. Ezzaq tak mahu ganggu Alayya lena, juga tak mahu sentuh Alayya dalam keadaan yang kotor.

Sebaik selesai bersihkan diri, Ezzaq sempat kerling jam dinding. Sudah pukul 1 pagi. Ada 5 jam lagi sebelum masuk Subuh.

Ezzaq naik ke atas katil perlahan-lahan. Kaki dimasukkan ke dalam selimut sebelum Ezzaq baring di sebelah Alayya. Tangan Ezzaq sudah berada pada pinggang gadis ini, memeluknya dengan sangat erat.

Dahi Ezzaq didaratkan pada dahi Alayya. Rindunya Ezzaq dengan wangian ini. Rindunya Ezzaq hendak peluk tubuh langsing Alayya. Semua soal isterinya, Ezzaq rindu.

Namun, saat Ezzaq mula rasa bahang pada tubuh Alayya, Ezzaq jauhkan dirinya dengan Alayya. Ezzaq sentuh dahi Alayya menggunakan telapak tangan sebelum rasa leher wanita ini.

Panas.

Alayya demam ke?

Kening Ezzaq langsung berkerut.

Serentak itu, Alayya terjaga daripada tidurnya saat rasakan pergerakan yang maksimum. Perlahan-lahan mata Alayya terbuka.

"Hey sayang..." Ezzaq menegur sebelum sentuh pipi Alayya.

Pandangan Alayya lantas jelas, melihat wajah Ezzaq memenuhi retina mata.

"Abang?" Alayya menyoal, hairan.

"Ya Ezzaq ni. I'm home." Ezzaq cuit hidung wanita kesayangannya.

"Abang..." Alayya lantas peluk pinggang Ezzaq.

Ezzaq baring semula di posisinya, merapatkan tubuh mereka berdua. Alayya sembapkan wajah pada dada bidang Ezzaq membuatkan Ezzaq mengelus rambut Alayya dengan lembut.

"Sayang demam ni..." ujar Ezzaq perlahan.

Saat itu juga, Ezzaq dapat rasa dadanya basah. Ezzaq tolak bahu Alayya sedikit, lalu angkat dagu gadis ini. Wajah isterinya di tatap.

"Kenapa menangis, sayang?" tanya Ezzaq bersama suara berat.

Alayya enggan menjawab. Wajahnya disembapkan semula pada dada Ezzaq. Alayya tiada tenaga mahu cerita apa-apa pada lelaki ini. Dia cuma mahu terus berada dengan Ezzaq.

"Come." Ezzaq letakkan lengan di bawah kepala Alayya, lalu peluk Alayya dengan lebih erat.

"Abang minta maaf ya? Abang terpaksa tinggalkan sayang lama-lama. Esok hari Ahad, abang janji...abang takkan ke mana-mana," bisik lelaki ini sebelum kucup kepala Alayya.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now