Tubuh Alayya Dafeena terasa segar sebaik selesai mandi di pagi hari. Gadis ini bergerak ke meja solek, capai sikatnya untuk sisir rambut agar tidak kusut.
Sambil memberus, Alayya sibuk perhatikan setiap sudut pada meja solek ini. Tiada apa pun yang di cari, saja mahu buat-buat sibuk dengan memerhati.
Sebaik selesai menyisir rambut, Alayya buka laci teratas meja solek itu, niatnya mahu simpan segala alatan Alayya dalam almari tersebut. Alayya hanya sempat kemas pakaiannya semalam sebelum buat keputusan untuk berehat. Jadi hari ini, Alayya berniat untuk kemas barangnya yang lain.
Laci terbuka sempurna. Namun, isi dalam laci itu membuatkan Alayya kaku buat seketika. Laci itu dipenuhi dengan ubat-ubatan serta beberapa kertas yang sudah berlipat dan terletak rapi di bawah ubat-ubat tersebut.
Cuak? Sudah tentu. Ini ubat apa? Untuk siapa? Takkanlah ubat Fayyad pula? Mustahil ubat Fayyad boleh tersesat di sini. Pasti ia milik Ezzaq. Tapi...untuk apa? Usah kata suaminya juga sedang sakit.
Alayya ambil satu plastik ziplock yang kembung berisi ubat. Alayya baca nama ubat tersebut sebelum sedar akan sesuatu.
Ini...ubat Alayya. Ini semua adalah ubat yang Alayya perlu ambil. Bagaimana boleh ada dengan Ezzaq? Alayya tahu, Ezzaq ada simpan sedikit stok ubat Alayya tapi apa yang ada depan mata Alayya sekarang sangat banyak.
Alayya letak beg plastik itu ke dalam laci sebelum buka laci sebelah kanan pula. Ya, dalam laci sebelah kanan itu terdapat ubat yang sama, bezanya Ezzaq sudah pek dalam ziplock beg yang lebih kecil. Satu ziplock beg mempunyai dua jenis ubat. Ubat yang perlu di makan oleh Alayya setiap hari.
Alayya kembali ke laci sebelah kiri. Surat yang Alayya nampak berada di bawah ubat-ubatan itu di ambil, lalu di baca isinya.
Hanya salinan pada surat-surat rasmi yang Alayya terima daripada psikiatri, mengatakan yang Alayya ada sakit mental serta perlu makan beberapa jenis ubat.
Ezzaq simpan surat tersebut. Maksudnya Ezzaq boleh beli dua jenis ubat ini di farmasi kerana ada surat daripada doktor. Jadi, dari situ Ezzaq dapat stok ubat yang banyak begini.
Tapi untuk apa? Takkan untuk beri pada Alayya semata jika Alayya lupa makan ubat?
Alayya terduduk atas kerusi solek yang tersedia. Ezzaq ambil berat tentang penyakit Alayya sehingga begini sekali ke? Ubat-ubat ini semua bukannya murah.
Apa yang Ezzaq dapat saat lakukan semua ini dalam diam? Jika Alayya tidak periksa, sehingga ke sudah Alayya takkan pernah tahu.
●●●●●
Akhirnya, Ezzaq Qayyum dapat duduk berehat. Air kosong yang di bawa bersama menjadi tujuan utama. Di teguk air tersebut sehingga tinggal separuh. Keringat yang turun daripada dahi lantas di seka menggunakan tangan sendiri.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...