41

8.3K 341 9
                                    

Rayya Hadif buka pintu rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayya Hadif buka pintu rumah. Serta merta, wajah Ezzaq dan Alayya mengisi kornea mata.

"Ya Allah Ya Tuhanku...MashaAllah, orang jauh dah sampai." Rayyan rasa seperti mahu sujud syukur, tidak percaya, selepas tiga tahun berkawan dengan Ezzaq, akhirnya jejaka ini mahu juga jumpa Rayyan di luar waktu kerja.

"Assalamualaikum." Ezzaq menegur, saja ingin beri Rayyan panas sikit.

"Waalaikumussalam," jawab Rayyan seraya beri laluan pada Ezzaq dan Alayya.

"Jemput masuk, Tuan dan Puan." Bukan main lagi Rayyan mengajak, seolah orang hebat pula yang datang rumah.

"Sudah-sudahlah tu, biy." Suara Putri mencelah di balik kekecohan tersebut. Pasti Rayyan yang sibuk mengenakan Ezzaq, sebab itu ruang rumah tiba-tiba riuh.

"Dengar tu, Gagak." Ezzaq jeling Rayyan.

Alayya bertindak untuk dekati Putri, menyalam wanita ini bersama senyuman di bibir.

"Oh inilah Alayya." Putri lihat wajah anggun isteri Ezzaq ini.

"Ya, inilah pasangan yang buat biy menjerit dekat parkir kereta." Situasi itu masih segar dalam pemikiran Rayyan. Memang tak boleh dilupakan langsung.

"Masuk-masuk. Tak payah layan sangat si Rayyan ni." Putri bawa Alayya masuk ke dalam rumah.

Spontan, Alayya rasa kakinya di langgar sesuatu. Kepala tertunduk melihat lantai.

"Ya Allah, Qalisa." Putri tolak baby walker anaknya. Boleh pula anak perempuan mereka langgar kaki Alayya dengan baby walker tersebut. Tak sabar benar mahu berjumpa tetamu.

Alayya tertawa kecil. Bayi yang baru berusia 7 bulan ini di tatap lama sebelum Alayya buat keputusan untuk duduk mencangkung di hadapan baby walker Qalisa.

"Nama awak Qalisa ke?" Alayya bertanya.

Serentak itu, Qalisa tertawa nyaring, seolah mengiyakan pertanyaan Alayya.

Rayyan lantas menyiku lengan Ezzaq.

"Kau tengok anak aku, bijak kan?" Rayyan tersenyum bangga.

"Kau tengok isteri aku. Alayya makin attractive waktu bermain dengan anak kecil." Ezzaq membalas dengan bersahaja. Mata Ezzaq tidak lepas dari memerhatikan tingkah Alayya bersama Qalisa.

Rayyan buat muka, seolah geli dengan ayat Ezzaq sebentar tadi. Mahu hairan tapi pengantin baru. Belum ada anak, bolehlah kata begitu.  Lihatlah nanti bila dah keluar seorang.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now