81

684 69 2
                                    

Nafisah beri ketukan pada pintu pejabat Alayya, menanti penuh sabar di luar akan sahutan atasannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nafisah beri ketukan pada pintu pejabat Alayya, menanti penuh sabar di luar akan sahutan atasannya.

"Masuk," ujar Alayya dari dalam bilik.

Nafisah kuak pintu lalu cari wajah manis Alayya.

"Puan, Inspektor Ezzaq sudah sampai untuk beri keterangan," beritahu Nafisah bersama senyuman yang tertahan.

Kenapa Nafisah rasa suasana siasatan hari ini kurang menggerunkan ya? Wajah Alayya tegas seperti selalu tapi suasana pejabat Alayya ini seperti dipenuhi dengan kelopak-kelopak bunga.

"Panggil Inspektor Ezzaq masuk," arah Alayya, serius.

"Baik Puan." Nafisah tutup semula pintu pejabat sebelum menapak dekati Ezzaq yang tidak jauh dari pejabat Alayya.

"Inspektor, silakan masuk." Nafisah bimbing Ezzaq sehingga lelaki itu selamat boloskan diri dalam pejabat Alayya.

Alayya dongak kepala, lihat gerangan jejaka tegap yang berada dalam ruangan ini bersama Alayya.

"Duduk, Inspektor," pelawa Alayya dengan baik.

Dokumen yang Alayya sediakan pagi tadi sudah berada di atas meja. Sebaik Inspektor Ezzaq labuh duduk, Alayya terus membongkok, ambil botol mineral kecil untuk di beri pada Ezzaq.

"In case Inspektor kehausan waktu beri penerangan," kata Alayya ringkas.

Rutin Alayya sama saja seperti layan anggota dan pegawai lain. Tiada lebih sikit pun. Wajah wanita ini juga tidak dihiasi sebarang senyuman.

"Ini... tak dikira sebagai ambil rasuah, bukan?" Ezzaq ajukan soalan dalam senyuman.

Alayya lihat wajah pegawai lelaki ini dengan penuh rasa tidak percaya.

"Bukan. Air ni bukan saya yang beri tetapi SPRM yang sediakan. Kalau Inspektor ragu-ragu, tak perlulah minum air ni. Tetapi jika Inspektor batuk sebab kering tekak, saya tak bertanggungjawab atas perkara itu," jawab Alayya penuh profesional.

"Takpa, isteri saya akan jaga saya kalau saya sakit." Penuh selamba Ezzaq membalas bicara Alayya.

Alayya hanya mampu tahan diri. Jangan begitu mesra Alayya. Ingat, kau bukan seorang isteri sekarang, kau adalah pegawai penyiasat.

"Apa panggilan yang saya boleh panggil awak ya?" Ezzaq ajukan soalan rawak yang kedua.

"Puan... sayang... cinta... pegawai..." Ezzaq beri nama-nama panggilan yang terngiang dalam kepala.

"Puan, sila panggil saya Puan," pintas Alayya.

Ezzaq mengangguk, faham. Senyumannya penuh dengan pelbagai makna.

"Ezzaq... tolong jangan buat saya macam ni. CCTV dalam ruang pejabat saya ni boleh rakam kita dan juga suara kita. Jangan buat saya ditimpa masalah ya?" Alayya berbisik dari tempatnya. Bisikan Alayya agak tegas kerana mahu Ezzaq dengar permintaannya.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now