Ezzaq Qayyum melangkah masuk ke suatu tapak perkuburan Islam. Jika ikut alamat yang di beri, sinilah tempat di mana Fayyad dikuburkan.Ezzaq berjalan, matanya hanya tertumpu pada kubur-kubur yang masih baru serta tidak di hias oleh mana-mana batu nisan mahupun kepuk.
Ada sebuah kubur yang kelihatan agak baru, kayu terpacak hujung kubur itu. Ezzaq baca nama yang tertulis.
Fayyad Hazim bin Abdullah.
Lalu Ezzaq baca pula tarikh Fayyad meninggal. Fayyad benar-benar meninggal pada hari di mana mereka sepatutnya ambil Fayyad di terminal bas.
Tiada keraguan lagi, Fayyad Hazim benar-benar sudah tiada. Allah lebih sayangkannya.
Ezzaq bentang tikar yang di bawa. Rancang Ezzaq, lelaki ini mahu habiskan waktu rehat tengah harinya dengan baca Yasin buat sang rakan. Sedekahkan sedikit pahala buat Fayyad. Itulah setipis-tipis perkara yang Ezzaq boleh lakukan buat Fayyad.
Sepanjang berada di sini, fikiran Ezzaq tidak berhenti memainkan momen persahabatan mereka bertiga. Dulu, mereka benar-benar rapat, sangat rapat sehingga sering di salah erti oleh orang yang memandang. Katanya, mereka tampak seperti adik beradik. Pada Ezzaq, ia seolah pujian.
Namun kini, tinggal Ezzaq dan Alayya berdua. Ezzaq yakin, hubungan mereka juga tidak akan semesra dulu. Jika Alayya sudah bertenang sekalipun, Ezzaq tak rasa Alayya mampu terima Ezzaq sebagai seorang suami.
Sebaik selesai membaca Yasin, Ezzaq kerling jam tangan. Berbaki 30 minit sebelum Ezzaq perlu pulang ke IPD. Ezzaq tutup aplikasi Quran yang berada dalam telefon, lalu menatap kubur Fayyad dengan perasaan bercampur aduk.
"Aku minta maaf, Fayyad kerana marah kau beberapa hari lepas. Emosi aku masa tu..." Ezzaq geleng kepala.
Jika di ingat semula, Ezzaq rasa serba salah sangat. Dia menuduh Fayyad lelaki yang tak boleh simpan rahsia. Punyalah marah Ezzaq pada Fayyad sehingga terdetik dalam hati untuk tidak ziarah kubur Fayyad sehingga bila-bila.
"Allahuakhbar..." Ezzaq raup wajah.
"Terima kasih sebab jaga diari aku baik-baik," ucap Ezzaq. Ezzaq tidak boleh nafikan, Fayyad jaga buku itu dengan sangat baik. Buku itu hanya terlihat lusuh kerana sudah lama tapi langsung tiada rosak di mana-mana.
"Terima kasih juga kerana sudi bahagiakan Alayya di saat kau boleh saja pilih untuk bahagiakan diri sendiri," sambung Ezzaq.
Ezzaq juga tidak menidakkan, Fayyad sedikit sebanyak berjaya buat hati Alayya berbunga dan bahagia apabila Alayya ada bersama Fayyad. Fayyad boleh saja memilih untuk bahagiakan diri sendiri pada saat akhir tetapi lelaki itu bertindak untuk bahagiakan temannya.
"Aku minta maaf sebab tak tahu kau sakit sebelum ni." Ezzaq tahan sebak di dada.
Mereka duduk satu rumah. Satu tahun Fayyad tahan sakit sendiri, tidak bercerita, tidak meluah. Kuatnya sahabat Ezzaq yang seorang ini.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...