74

8.3K 340 12
                                    

Rayyan Hadif masuk ke dalam ruang kerjanya seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan Hadif masuk ke dalam ruang kerjanya seperti biasa. Perut sudah di isi dengan masakan pagi Putri jadi emosi Rayyan agak baik pada pagi ini.

"Pihak PDRM mengesahkan bahawa Inspektor Ezzaq Qayyum yang dikhabarkan hilang hampir lima bulan lalu sudah pun dijumpai di sebuah perkampungan asli di Miri, Sarawak"

Jelas ayat pembaca berita masuk ke dalam lubang telinga Rayyan. Rayyan tersentak buat seketika. Usah kata Rayyan, anggota polis lain yang turut menangkap ayat tersebut turut berpaling kepala, mencari gerangan manusia yang membuka berita awal pagi ini.

"Athirah, you tengah tengok berita pagi ke? Berita rasmi?" tanya Rayyan, ingin kepastian.

"Ya Tuan. Ini berita Awani," jawab Athirah.

Rayyan segera berlari untuk pergi ke meja Athirah. Beberapa anggota lain turut sama hampiri meja sarjan ini untuk tonton berita siaran langsung yang di buka pada telefon Athirah.

"Inspektor Ezzaq Qayyum dikhabarkan hilang sewaktu menjalankan operasi melindung perairan negara di Lahad Datu, Sabah. Mangsa yang dijumpai oleh sekumpulan orang asli ini sudah pun diserahkan di balai polis berdekatan sebelum di bawa ke sebuah Hospital Tentera Kuala Lumpur"

Mata Rayyan membundar. Yang lain turut terkejut dengar maklumat yang disampaikan oleh pembaca berita itu. Rayyan tidak fikir lama, jejaka ini bawa keluar telefonnya dan lantas menghubungi Putri.

"Sayang, have you seen the news?" tanya Rayyan agak kelam kabut. Rayyan sudah bersedia hendak ambil cuti saja harini, dia mahu berjumpa dengan Ezzaq.

"News? What news?"

"Ezzaq, diaorang jumpa Ezzaq di Sarawak"

"Ha?! Ezzaq?! Sarawak?!" Putri terus hentikan kereta yang di pandu pada bahu jalan. Rahang Putri jatuh mendengar berita tergempar ini.

"Ezzaq ada di hospital tentera Kuala Lumpur sekarang. Abang nak pergi ke sana, Putri nak ikut ke?" Rayyan kemas semula barang-barangnya, bersedia untuk beredar.

"I wish I can..." ujar Putri perlahan.

"Oh ya, Putri perlu jumpa client kan? It's okay, sayang. Biy bawa Putri pada hari lain, okay? Drive save my wife." Rayyan berlari anak ke lif bangunan, butang turun ke bawah sudah pun ditekan.

"Okay. Biy juga. Apa-apa update Putri. Jangan lupa hantar gambar," pinta Putri.

"Anything for you. Biy letak dulu, biy nak masuk lif ni." Rayyan lekas bolos diri dalam perut lif.

"Okay biy"

Talian mereka langsung dimatikan oleh Rayyan. Rayyan simpan telefon dalam kocek seluar. Senyuman terbit pada bibir Rayyan. Berita ini bukan satu berita yang Rayyan jangka akan terima.

Ia sungguh mengejutkan. Bukan buat Rayyan semata tapi buat semua rakyat yang sering menanti akan khabar Ezzaq Qayyum.

●●●●●

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now