Rayyan Hadif tepuk bahu Ezzaq dengan lembut. Itulah sesopan-sopan cara Rayyan lakukan untuk tegur Ezzaq yang sedang sibuk lakukan kerja."Hm?" endah tidak endah si Ezzaq menjawab.
"Makan tengah hari? Dah pukul 12:30." Rayyan mengajak. Dah lama mereka tak makan semeja, masing-masing kesibukan.
"Kau sebut tentang makan, perut aku terus berbunyi." Ezzaq berhenti lakukan semua benda dan langsung berdiri tegak.
"Dia memang suruh rehat. Aku pun lapar ni." Rayyan sudah pegang perut.
"Kita makan dekat kafe bawah je la," kata Ezzaq. Malas rasanya hendak keluar di saat ada banyak tugasan yang tergantung.
"Tak kesah, asalkan ada makanan"
Rayyan dan Ezzaq berjalan seiring, ingin turun ke bawah bagi isi perut yang kian kosong. Misha ada saja di situ, jadi pendengar tidak berbayar.
Sebaik Misha rasa Rayyan dan Ezzaq sudah tiada dalam ruang kerja mereka, Misha terus duduk tegak sebelum sandar badan di kepala kerusi.
Sejak kejadian dalam kedai Habib itu, sedaya upaya Misha cuba untuk tidak bertatapan dengan Ezzaq. Jika boleh, dia tak mahu duduk berdekatan Ezzaq mahupun berada di bawah pengawasan jejaka itu.
Misha tidak malu, tidak juga segan. Misha tidak menyesal langsung dengan segala perkara yang dia lakukan cuma...Misha enggan jatuh hati pada Ezzaq lagi. Lihat wajah tampan orang atasannya itu cukup untuk buat Misha mengelamun akan Ezzaq setiap masa.
"Kau masih berharap pada Inspektor Ezzaq tu ke?" suara Athirah tiba-tiba mencelah di balik kesunyian.
Misha pandang wajah Athirah yang selamba itu.
"Kau ingat, semudah itu aku suka dan tak suka pada orang? Walaupun dah di tolak, aku tetap perlukan masa untuk buang perasaan aku pada dia," jawab Misha.
Athirah mengangguk perlahan-lahan, faham dengan keadaan Misha.
"Kau dah kacau Inspektor Ezzaq berapa kali? Dah masuk tiga kali ke?" Athirah bertanya lagi, menyibuk dengan perihal Misha.
"Kenapa kau sibuk nak tahu? Kau suka pada Tuan juga ke?" Misha mula berasa cemburu.
"Aku tahu...ramai yang suka pada Inspektor Ezzaq jadi aku tak ambil langkah untuk suka pada dia juga. Aku cuma bertanya untuk beri nasihat pada kau." Athirah kemas meja kerjanya.
Misha tertawa kecil, tawa yang di buat-buat.
"Cara kau cakap seolah satu IPD ni suka pada Tuan. Kau bukannya duduk bawah satu bumbung dengan Tuan sehingga mahu beri aku nasihat." Misha berlagak angkuh.
Misha ini di hadapan Inspektor Ezzaq saja nampak baik. Di hadapan rakan kerja yang lain? Perangai Misha tak lari seperti ibu tiri Cinderella. Eloklah kena tolak dengan Inspektor Ezzaq kerana pada pandangan Athirah, Misha ini langsung tak sesuai digandingkan dengan orang atasan mereka.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...