19

7.6K 359 6
                                    

Tidak terasa masa berlalu, sebentar sahaja mereka sudah tiba pada hari Khamis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak terasa masa berlalu, sebentar sahaja mereka sudah tiba pada hari Khamis. Suasana di luar gelap gelita, memberi tanda pada Ezzaq dan seisi negara bahawa malam sudah menjelma.

Solat Ishak Ezzaq pada malam ini jauh lebih lama daripada kebiasaan. Sengaja Ezzaq memilih surah yang panjang-panjang belaka untuk di baca. Setiap bacaan dalam solat Ezzaq di sebut dengan teliti, terdengar di pendengaran sendiri.

Saat tiba pada sujud terakhir, Ezzaq buat keputusan untuk berada dalam posisi ini selama yang Ezzaq mampu. Tiada suara yang keluar, tiada esakan kedengaran tetapi hati Ezzaq tak berhenti memohon pada Sang Esa.

'Ya Rabb...Kau tahu siapa gadis yang aku dambakan sepanjang aku hidup di atas muka bumiMu ini. Kau tahu apa isi hati aku sebagai seorang hamba yang begitu kecil atas segala ciptaanMu. Aku hamba yang hina, aku kerdil pada mataMu tetapi permintaan yang sering aku minta melebihi amalku padaMu. Maafkan aku, ya Allah...' setitis air mata Ezzaq jatuh di atas sejadah yang terbentang.

'Alayya Dafeena binti Daeez. Jika dia yang terbaik buatku, buat agamaku, buat kehidupanku, maka Kau lapangkanlah hatinya untuk menerimaku. Namun, jika dia bukan yang terbaik buat hidupku, Kau bimbinglah dia...Kau lembutkanlah dirinya agar dapat jadi yang terbaik buatku'

'Ya Rabb...Kau jadikanlah aku sebaik-baik lelaki yang boleh membimbing Alayya ke SyurgaMu. Kau jadikanlah aku sebaik-baik hamba yang dapat bawanya dekat denganMu. Kau jadikanlah aku sehebat-hebat susuk yang dapat didik keturunan kami agar patuh pada perintahMu'

'Kau jadikanlah aku dan Alayya satu pasangan yang terima dunia serta akhiratMu. Kau jadikanlah kami pasangan yang peroleh reda serta berkahMu. Kau jadikanlah cintaku sesuci perkara yang pernah aku lakukan atas dunia ini. Aku mohon ya Allah...Kau satukanlah aku dengannya. Hati aku yang Kau cipta ini begitu menginginkannya...'

Berulang kali hati Ezzaq menyebut nama Alayya dalam sujud terakhirnya. Berpuluh kali, nama Alayya dipanjatkan ke langit ketujuh, memohon agar wanita ini menjadi srikandi Ezzaq satu hari nanti.

Perlahan-lahan Ezzaq bangun daripada sujud, langsung menyelesaikan solat Ishaknya ini.

Air mata yang tersisa pada tubir mata di seka menggunakan ibu jari. Ezzaq duduk dengan selesa di atas sejadah, merenung kain lembut sejadah yang setia menemani, yang menjadi tempat Ezzaq meluah segala rasa.

Malam Jumaat Ezzaq tidak berlalu dengan tenang. Sukar untuk lelaki ini pejam mata, beradu di atas katil kerana esok hari merupakan penentuannya.

Entah kenapa, Ezzaq berasa takut yang teramat. Buat sesaat, Ezzaq rasa menyesal kerana melamar Alayya. Jika Alayya tolak lamarannya, pasti Ezzaq akan kehilangan Alayya buat selamanya.

Bagaimana...hendak didik hati agar terima pemergian Alayya selepas 24 tahun hidup bersama gadis itu? Mungkin, jika Alayya menolak Ezzaq, Ezzaq akan menghilang tanpa tanda. Itu yang terbaik. Hilang tanpa jejak. Walau hati menjerit rindu, takkan sesekali Ezzaq berpaling ke belakang demi gadis yang tidak menginginkannya.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now