10

8.5K 370 47
                                    

“Dafeena, Dafeena!” Ezzaq paksa diri untuk berlari anak, mahu kejar Alayya yang sudah ke hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“Dafeena, Dafeena!” Ezzaq paksa diri untuk berlari anak, mahu kejar Alayya yang sudah ke hadapan.
Jauh Alayya berjalan. Gadis ini tak mahu pulang sekali ke?

“Dafeena!” tempik Ezzaq. Di bawah terik mentari, Alayya cari fasal, memang menempah amarah namanya.

Alayya tetap abaikan, dia dengar tetapi semuanya di biar berlalu seolah angin taufan.

“Alayya Dafeena binti Daeez!” Ezzaq tarik lengan Alayya yang berlapik baju. Tubuh wanita ini dipalingkan agar menghadap Ezzaq.

“Apa?!” Alayya rentap tangannya.

“Kau jangan buat kerja gila, jalan kaki di bawah panas matahari. Naik kereta, aku hantar kau balik,” kata Ezzaq.

“Aku jalan kaki, kau gelar kerja gila. Kau tulis semua benda bodoh dalam buku tu, bukan kerja gila? Kalau bukan kerja gila, kerja apa, kerja bijak laksana?” lawan Alayya tanpa tapis ayatnya.

“Aku ada hak untuk buat apa yang aku rasa betul. Benda ni takkan jejaskan mana-mana pihak.” Ezzaq beri alasan.

“Aku pun ada hak untuk buat apa yang aku nak selagi benda tu tak jejaskan sesiapa. Jadi, kau tak payah sibuk dan pergi sambung bercakap dengan Fared bodoh tu.” Alayya mahu sambung langkah tetapi laju saja di halang oleh Ezzaq.

“Tak jejaskan sesiapa? Kalau kau sakit, masuk hospital, benda buruk berlaku pada kau, siapa yang susah hati, Dafeena? Kau ingat, orang zaman sekarang semuanya baik-baik?” Ezzaq mengingatkan. Kalau tindakan jalan kaki Alayya tu bagus, takpalah juga. Tapi mereka berada jauh daripada Putrajaya. Cari nahas saja kalau ingin balik dengan jalan kaki. Sudahlah Alayya belum jamah apa-apa makanan.

“Kau tak sedar ke, tindakan kau tulis semua benda dalam buku pun akan jejaskan aku? Oh silap, pembetulan…ia sudah pun jejaskan aku. Kau tengok, apa yang jadi sekarang. Tengoklah!” jerkah Alayya di bahu jalan ini.

Apalah agaknya tanggapan orang dalam kenderaan yang lalu lalang sedari tadi. Pasti mereka ingat Alayya dan Ezzaq adalah pasangan yang sedang bertengkar.

“Salah ke aku luahkan apa yang aku rasa dalam buku yang aku beli, aku bayar guna duit aku, yang aku simpan penuh hati-hati dalam locker aku. Salah ke, Dafeena? Lebih baik, aku luahkan semuanya di atas kertas daripada luahkan di hadapan muka orang. Lagi-lagi orang yang tak boleh simpan rahsia seperti Fayyad.” Sengaja Ezzaq tambah ayat perlian di belakang seolah orang yang tiada iman.

“Fayyad dah tak ada, Ezzaq,” ujar Alayya, baik.

“Ya, betul, Fayyad dah tak ada. Jadi, kau marah sekarang untuk apa? Kau marah soal buku ni kenapa? Bagitahu aku.” Ezzaq perangkap Alayya dengan soalannya.

Alayya geleng kepala.

“Kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang sebab tu senang je kau tanya aku, aku marah sebab apa.” Alayya kecewa dengan soalan Ezzaq. Rasanya, tak perlu jelaskan pun, Ezzaq sepatutnya tahu mengapa Alayya marah.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now