Alayya Dafeena lihat saja Ezzaq kemas barangnya. Senang beul jadi lelaki ya...baju tidak banyak, barang penjagaan tubuh dan muka juga hanya beberapa botol saja. Semuanya muat diletakkan dalam beg sandang khas yang Ezzaq dapat sebaik tamat latihan UTK. Kalau la Alayya yang perlu pergi ke kursus, beg bagasi bersaiz sederhana itu belum tentu cukup.
"Betul ke tak ada benda sayang boleh tolong?" rasa seperti isteri dehaka la pula, biarkan Ezzaq yang mengemas semuanya sendiri.
"Betul sayang." Ezzaq lebih selesa kemas barangnya sendiri, senang jika Ezzaq mahu lihat apa yang belum di bawa dan apa yang tidak perlu.
"Sayang kan...tiba-tiba jadi tertanya. Bila agaknya...Ezzaq jalani latihan UTK ni? Rasanya sepanjang masa abang ada dengan Layya," soal Alayya.
"Lupa ke, dulu abang pernah cakap dengan sayang, abang ada latihan, paling sekejap 9 bulan. Masa tu sayang baru pindah ke Putrajaya." Ezzaq menjawab dengan baik.
Alayya berfikir sejenak.
"Lupa dah. Abang selalu sangat menghilang sebab latihan. Habis latihan PULAPOL, masuk latihan untuk jadi Inspektor pula. Sayang pun pening." Alayya geleng perlahan.
Ezzaq hanya tersengih.
"Abang pergi kalini, lama ke?" rasanya sudah lebih daripada tiga kali Alayya bertanya soalan yang sama. Mujurlah Ezzaq tidak cepat rimas.
"Paling sekejap, 4 hari. Kenapa asik tanya je, sayang? Abang balik, jangan risau. Kursus biasa aje ni. Diving ke laut, kami dah lama tak diving, mungkin mereka panggil untuk latihan semula." Ezzaq bercakap.
"Lesen apa je yang abang tak ada? Dah macam hero sebenar pula..." pasti tak mudah buat Ezzaq untuk dapatkan semua lesen yang Ezzaq punyai sekarang. Sikit pun Ezzaq tidak pernah membangga diri pada Alayya mahupun Fayyad dulu. Semuanya di buat secara diam saja.
"Lesen bawa kapal terbang." Ezzaq menjawab, bersahaja.
"Nanti tahu-tahu aje, abang dapat lesen tu sekali." Alayya mencebik. Cemburunya...Alayya cuma ada lesen menembak dan bawa jetski saja sekarang. Memang terasa kerdil betul.
"Mungkin tidak. Itu kerja PASKAU. Jarang pergerakan khas lain dapat lesen untuk terbangkan pesawat." Ezzaq zip begnya, lalu lihat Alayya yang duduk di birai katil sedari tadi.
Wajah Alayya yang sedikit monyok itu membawa Ezzaq untuk berdiri di hadapan sang isteri.
"Kenapa sayang?" Ezzaq sisir rambut Alayya ke belakang telinga.
"Mungkin apa yang Misha cakap tu betul, sayang tak setaraf dengan abang," perlahan saja suara Alayya.
"Apa saja yang perempuan tu cakap, tak pernah betul, sikit pun tak betul. Kenapa lebih percayakan kata Misha berbanding takdir Allah, sayang?" Ezzaq menyoal baik.
Alayya tertampar, pertanyaan akhir Ezzaq itu benar-benar menusuk ke dada Alayya.
"Allah sudah letakkan nama sayang dalam Luh Mahfuz abang. Allah kata sayang yang terbaik buat abang, sayanglah gadis yang Allah hantar untuk bahagiakan sayang. Jadi kenapa perlu dengar dan ingat ayat orang yang cuba merosakkan rumahtangga kita?" Ezzaq pandang ke dalam anak mata Alayya.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...