60

7.1K 324 0
                                    

Kesunyian dalam rumah Ezzaq Qayyum pasti akan buat para jiran ingat bahawa Ezzaq dan Alayya keduanya tiada di rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kesunyian dalam rumah Ezzaq Qayyum pasti akan buat para jiran ingat bahawa Ezzaq dan Alayya keduanya tiada di rumah.

Pintu terkunci rapat. Kenderaan pula semuanya terparkir elok di rumah. Tak ada bunyi orang masuk ke bilik air, tiada juga bunyi orang keluar untuk sidai pakaian.

Alayya terlihat duduk di atas sofa, berhadapan televisyen. Mata Alayya benar-benar tidak bermaya tetapi wanita ini berjaga. Dada Alayya naik dan turun dengan sangat perlahan.

Percaya ataupun tidak, sejak peroleh berita semalam, Alayya hanya kekal duduk di sini, tidak berganjak walau sedikit pun. Tidur apatah lagi. Alayya berjaga sepanjang malam, mengenangkan wajah manis suaminya semata-mata.

"Alayya! Layya!" suara Putri yang memanggil langsung tidak masuk ke pendengaran Alayya. Tidak kira setinggi mana pun tempikan Putri, Alayya tetap tidak sedar daripada lamunan.

Jiran berdekatan rumah Ezzaq sudah keluar, melihat rumah lelaki itu. Kekecohan yang wujud pada pagi Ahad, bersama kereta polis yang terparkir di hadapan rumah, benar-benar mencuri perhatian seisi kawasan perumahan.

"Sana, sayang." Rayyan beri arahan pada sang isteri.

Putri berganjak, menjauhi pintu rumah. Spontan, Rayyan tendang daun pintu tersebut sekuat hati, merosakkan kunci rumah tersebut.

Putri segera buka pintu rumah, dapati Alayya duduk berseorangan di atas sofa seperti patung yang tidak bernyawa.

"Biy tunggu di luar, Layya tak pakai tudung," beritahu Putri sebelum rapatkan pintu rumah.

Rayyan akur. Lelaki itu tepuk uniformnya sekali dua sebelum dapatkan para anggota yang sudah bersedia untuk bawa Alayya ke IPK Shah Alam.

"Alayya!" Putri tampar pipi Alayya, tidak begitu kuat, hanya mahu sedarkan wanita ini.

Perlahan-lahan, anak mata Alayya bergerak memandang Putri di hadapan mata. Alayya paksa bibir untuk ukir senyum.

"Jangan senyum boleh tak? Kalau tak okay, cakap tak okay. Jangan sorok semua benda dari pengetahuan orang." Putri tiba-tiba memarah.

Alayya tarik nafas dalam.

"Aku cuma mahu fikir yang baik-baik saja sekarang. Aku yakin...Ezzaq akan pulang," balas Alayya dengan begitu perlahan.

"Ya, semua orang yakin Ezzaq akan pulang. Jadi, kenapa kau masih tercegat lagi dekat sini? Ada ramai orang tengah cuba untuk bantu kau dan Ezzaq sekarang. Tapi sebelum tu, kau kena berjumpa dengan orang-orang yang bertanggungjawab atas keselamatan Ezzaq." Putri menyedarkan wanita ini.

Alayya kelip mata sekali dua. Perutnya di pegang. Sejak semalam, Alayya tidak makan apa-apa.

"Pergi bersiap. Aku dan Rayyan janji akan ada dengan kau sepanjang proses ini jadi kuatkan hati kau, kita kena banyak-banyak berdoa dan usaha, selepas itu barulah bertawakkal. Rayyan akan teman kau ke IPK, pergi bersiap. Kau perlu ada di sana pukul 10." Putri berdiri, tarik tangan Alayya.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now