Alayya Dafeena kemaskan tudung yang di pakai. Susuk tubuhnya yang sudah anggun bersiap di tatap bersama pandangan kosong melalui pantulan cermin.
Alayya lihat laci berisi ubatnya. Wanita ini tarik laci itu perlahan-lahan sebelum luangkan masa lebih lama, merenung ubat-ubat tersebut.
"Layya takkan makan ubat ni selagi Ezzaq tak balik," tuturnya sendirian, seolah memberi amaran pada Ezzaq yang entah di mana.
Alayya tutup semula laci tersebut. Wanita ini memang tak berniat untuk makan ubat-ubatan ini lagi. Bulan lepas juga, Alayya tidak hadiri sesi kaunseling. Alayya juga sudah tarik nama dari terus berdaftar untuk ke sesi psikiatri.
Cukuplah sampai di sini sahaja. Alayya rasa dirinya tidak seteruk dahulu. Alayya reti kawal perasaan sendiri, pemikiran Alayya tidak mudah ke arah negatif lagi. Jadi, tidak usahlah Alayya bazir waktu untuk ke sana.
Kandungan Alayya juga masih baru, perlu di jaga dengan baik. Alayya tak tahu apa impak ubat-ubatan ini buat kandungannya. Sebelum menyesal di kemudian hari, ada baiknya Alayya hentikan pemakanan ubat itu.
Alayya capai beg tangan, bersedia hendak keluar daripada rumah. Kasut kulit yang sering di pakai oleh Alayya di ambil, lalu disarungkan sendiri.
Jika Ezzaq ada...pasti lelaki itu sibuk ingin ikatkan tali kasut Alayya. Jika Ezzaq ada...pasti lelaki itu takkan biarkan Alayya duduk di atas lantai simen rumah yang sejuk di pagi hari.
Alayya kesat air mata yang jatuh ke pipi. Pemikirannya langsung tak boleh tinggalkan nama Ezzaq walau sesaat. Semua yang Alayya lakukan, Alayya akan teringat akan suaminya.
Punyalah Ezzaq suka mengendeng dengan Alayya, sehingga makan di luar saja boleh buat Alayya ingatkan sang jejaka. Ezzaq sentiasa lap kan sudu serta garfu Alayya saat makan di luar. Ketika Alayya perlu buat sendiri, Alayya rasa seperti hilang sesuatu yang tak dapat di ganti.
Alayya bangun seusai ikat tali kasut. Wanita ini tarik pintu rumahnya untuk di kunci. Air mata di seka laju-laju saat ia mengalir ke wajah.
"Abang, sayang pergi," ucap Alayya seperti selalu sebelum bolos diri dalam perut kereta.
Alayya memang tampak tidak waras, cakap sendirian. Tapi dengan cara ini saja Alayya dapat kurangkan rasa rindunya pada Ezzaq.
Alayya Dafeena memang benar-benar buat kerja gila. Wanita ini hadir ke tempat kerja hanya dua hari selepas dapat tahu tentang berita kehilangan sang suami.
Seawal tujuh pagi, Alayya sudah tercegat di pejabat SPRM, masuk ke ruang pejabat sendiri bersama air coklat hangat yang di beli di kafe lobi.
Nafisa lihat orang atasannya bersama raut tidak percaya. Bukan pekerja dalam bangunan SPRM ini sahaja yang tahu tetapi Nafisa rasa satu Malaysia cakna akan kehilangan seorang pejuang negara, iaitu suami Alayya sendiri. Tapi kenapa...Alayya berada di sini?
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...