37

8K 358 1
                                    

Mata Pegawai Penyiasat Alayya Dafeena berlaga dengan sepasang mata milik Deputi Supritenden Polis Razaq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Pegawai Penyiasat Alayya Dafeena berlaga dengan sepasang mata milik Deputi Supritenden Polis Razaq. Keriuhan dalam kafeteria Ibu Pejabat Polis ini langsung tidak mengganggu keduanya untuk berbual soal pekerjaan yang boleh dikatakan agak sulit.

"Terima kasih sebab sudi ke sini. Saya mahu ke pejabat SPRM sendiri tapi entah kenapa, ia rasa lebih mengancam saya." DSP Razaq mulakan bicara di antara mereka berdua.

"Tak mengapa"

Alayya tahu, mereka terima panggilan telefon daripada sebuah pegawai PDRM, meminta agar seorang pegawai daripada SPRM bertemu dengannya di Ibu Pejabat Polis.

Gerangan siapa yang di paksa pergi ke IPD Putrajaya? Sudah tentulah Alayya. Semuanya kerana Alayya bertingkah jujur bahawa dia pernah ke sini sebelum ini. Kurang asam betul. Selepas ini, Alayya memang tak mahu lagi berterus terang. Menipu sunat aje.

"Begini...saya sebenarnya sudah pun buat aduan tentang beberapa anggota serta pegawai di bawah jabatan saya pada jabatan integriti PDRM. Saya sudah beri laporan penuh serta bukti-bukti yang mengatakan ada beberapa pekerja bawahan saya yang tidak boleh buat kerja, sering menghilang dan terlalu banyak masalah dalam pejabat"

"Saya bukanlah tiada hati perut tetapi jika terlalu ramai di jabatan saya yang melakukan kesalahan, imej saya juga yang calar, yang busuk di penglihatan jabatan lain dalam IPD ini. Tapi yang hairannya...setiap laporan saya seolah tidak diendahkan oleh jabatan intergriti IPD sendiri. Saya rasa seperti, ada orang dalam integriti itu sendiri yang menyalah guna kuasa"

DSP Razaq cerita dengan teliti serta berhati-hati. Dia tidak mahu orang yang lalu lalang dengar akan perkara itu.

Alayya mengangguk lambat-lambat tanda faham. Ini perkara biasa, sangat biasa. Banyak kali Alayya dengar perkara yang sama di setiap badan beruniform lain.

"Jadi, pada pandangan Puan Alayya sendiri, apa yang patut saya lakukan? Jika saya buat laporan pada SPRM, apa yang SPRM akan lakukan? Saya bercerita ini, di kira satu laporan ke?" DSP Razaq bertanya.

Razaq mungkin mempunyai pangkat tinggi dalam PDRM tetapi lelaki ini tidak tahu bagaimana cara SPRM menerima laporan serta selesaikan tugas. Bidang mereka tidak sama, begitu juga dengan cara mereka.

"Sistem kami hampir sama sebenarnya dengan sistem PDRM. Kami ada jabatan-jabatan yang berbeza dan saya punya jabatan khas untuk menyiasat orang-orang dalam PDRM kerana itu saya yang muncul pada hari ini. Andai orang dalam KPM mahu buat aduan, mereka tak akan berjumpa dengan saya kerana saya hanya selesaikan masalah berkenaan PDRM"

"Tugas utama saya juga hanya sebagai penyiasat dan bukannya penerima aduan. Seperti PDRM, ada polis yang terima laporan, ada yang perlu menyiasat, ada juga yang hanya lakukan patrolling. Setiap orang itu, tugasannya berbeza. Kerja saya hanya menyiasat aduan yang diterima oleh pihak yang ambil aduan"

Alayya berhenti untuk ambil nafas sesaat dua.

"Memandangkan DSP sendiri beritahu saya yang DSP sudah ada bukti, jadi ia lebih senang untuk saya menyiasat saat aduan sudah dilakukan. Pihak SPRM terima aduan melalui talian bebas, surat menyurat, faks, emel dan kami juga ada portal khas untuk masyarakat buat aduan di sana"

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now