Ezzaq Qayyum pandang ke arah jalan raya. Jalan ini jarang sangat dilalui oleh mana-mana kenderaan. Kebiasaannya, jika ada kenderaan yang lalu lalang, pasti tujuannya hendak ke rumah anak yatim ini.Ezzaq berdiri di hujung koridor bangunan kelas. Disinilah tempat Ezzaq dan Alayya sering menghabiskan waktu suatu tika dahulu, melihat para tentera berlari dan mengambil angin petang.
Rumah anak yatim ini tidak jauh dari kem tentera berdekatan, mungkin disebabkan itu tentera sentiasa berada di luar kawasan rumah anak yatim.
Dalam keindahan pagi, Ezzaq perasan akan satu kenderaan melintas di jalan raya. Sekali pandang saja Ezzaq dapat teka, kenderaan itu adalah milik Alayya.
Alayya sudah sampai di sini.
Selepas saja beli cincin, Ezzaq minta tolong pada Puan Maidah. Minta agar wanita itu beritahu Ezzaq jika Alayya mahu pulang ke Lumut. Rezeki Ezzaq, sehari selepas minta tolong, Ezzaq terima panggilan daripada Puan Maidah mengatakan yang Alayya bakal pulang ke Lumut hari ini.
"Assalamualaikum, umi." Alayya langsung tegur Puan Maidah yang sudah lama menanti Alayya tiba.
"Waalaikumussalam. Nampak makin berseri muka Alayya sekarang." Puan Maidah memuji, ingin senangkan lagi hati anak asuhannya.
"Alhamdulillah...umi juga yang kata masa mengubati luka." Alayya keluarkan falsafah yang di lihat dalam internet.
"Umi tak cakap macam tu ya. Umi cuma cakap, ambil masa dan tenangkan fikiran." Puan Maidah membetulkan.
"Hampir sama saja tu umi. Dia berada dalam kelompok kata-kata yang sama." Alayya tertawa halus sebelum paut pinggang Puan Maidah.
"Alayya nak bawa umi ke mana ni? Umi ada majlis dengan adik-adik. Alayya pergi layan diri dulu, nanti kita berbual panjang ya." Puan Maidah kekal di tempat dia berdiri.
Pelukan Alayya pada pinggang Puan Maidah terlerai.
"Lupa pula. Okay, Alayya naik bangunan kelas kalau macam tu. Boleh kan?" Walaupun ini adalah tempat Alayya membesar, gadis ini tetap perlu minta izin sebelum lakukan sesuatu. Itulah dinamakan adab.
"Boleh, naik je la. Itu memang tempat kegemaran korang pun." Puan Maidah beredar bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.
Tetapi, senyuman pada wajah Alayya pula yang perlahan-lahan memudar.
"Tempat kegemaran korang..." Alayya mengangguk sekali dua. Itu memang tempat kegemaran Alayya dan Ezzaq pun. Jika keduanya hilang, cari saja di sana, pasti ada punya.
Alayya tarik nafas dalam. Kaki di hayun menuju ke bangunan kelas, lalu tingkat atas sekali menjadi tujuan.
Daripada jauh, Ezzaq dapat dengar bunyi derapan kasut seseorang. Ezzaq yakin, itu adalah Alayya. Degupan dada semakin kencang berombak. Mujurlah Ezzaq masih dapat tahan segala perasaan dalam hati. Jejaka ini sempat meraba poket di bahagian belakang seluar sebelum figura Alayya menerpa pandangan.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...