32

8.1K 331 4
                                    

Alayya Dafeena berdiri di suatu tempat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya Dafeena berdiri di suatu tempat. Tidak berkelip mata wanita ini memandang jentera khas PDRM yang sudah berhenti. Pandangan mata Alayya hanya tertumpu pada satu susuk jejaka. Siapa lagi jika bukan figura Ezzaq Qayyum.

Alayya perhatikan jejaka ini turun daripada jentera itu tanpa sebarang bantuan. Begitu tenang Ezzaq melangkah walaupun ianya agak tinggi. Senapang pada dada lelaki itu kekal di pegang menggunakan tangan kanan.

Ezzaq tidak berhenti di mana-mana malah terus menapak, menuju ke arah Alayya yang berdiri tidak jauh daripada situ.

Ezzaq berhenti di hadapan Alayya. Walaupun mata Ezzaq ditutupi dengan kaca mata hitam, Alayya tetap yakin, Ezzaq sedang memandangnya. Wajah Ezzaq mungkin tertutup sepenuhnya tetapi Alayya tahu, ini adalah suaminya.

Tangan kanan Ezzaq di angkat sebelum cuit hidung Alayya. Kain sarung tangan Ezzaq yang kasar itu terasa sungguh pada deria rasa Alayya.

"Kenapa sayang?" soal Ezzaq bersama suara berat.

"Unit Tindakan Khas?" Alayya menyebut unit pekerjaan Ezzaq menggunakan nama penuh.

"Ezzaq minta maaf kerana tak beritahu lebih awal tapi Ezzaq bersyukur, sayang kenal Ezzaq walaupun tak nampak muka Ezzaq. Ezzaq ingat, sayang takkan perasan." Ezzaq turunkan kain pelitup muka yang menutupi wajah.

"Jadi awak bukan seorang Inspektor?" kening Alayya berkerut. Dia hairan dengan pangkat Ezzaq sekarang. Apa tugasan Ezzaq yang sebenarnya?

"Ezzaq adalah kedua-duanya. Ramai kenali Ezzaq dengan pangkat Inspektor Ezzaq Qayyum. Hanya beberapa orang saja yang kenali Ezzaq sebagai Pegawai Khaq Ezzaq Qayyum." Senyuman Ezzaq semakin lebar. Kaca mata hitam turut dibuka.

"Katakan, Layya tak datang ke dataran untuk tengok Ezzaq, maksudnya sampai bila-bila Layya takkan tahu Ezzaq berada dalam UTK?" tidak dapat Alayya gambarkan perasaannya sekarang. Alayya bukanlah kecewa tetapi rasa diketepikan kerana tidak tahu pekerjaan sebenar suaminya.

Ezzaq geleng kepala.

"Ezzaq tetap berniat mahu beritahu sayang hari ini. Kalau sayang tak datang, Ezzaq akan balik begini, dengan full uniform macam ni supaya sayang tahu. Ezzaq tak berniat untuk sembunyikan lama-lama dan Ezzaq tak boleh sembunyikan lama-lama. Ezzaq pasti akan dapat operasi yang memerlukan Ezzaq untuk tidak pulang beberapa hari. Jadi, sembunyilah macam mana sekalipun, ia akan terbongkar saat Ezzaq terima ops baharu"

"Apa tugas Ezzaq sebenarnya?" soal Alayya, ingin tahu dengan lebih mendalam.

"Banyak. Lakukan risikan, siasatan, pemantauan, hadap musuh bersenjata, basically banteras jenayah seperti tugas polis tetapi ia lebih berisiko." Hanya setakat itu yang mampu Ezzaq terangkan. Jika beri keterangan dengan lebih mendalam, Ezzaq takut mereka akan duduk di sini sehingga malam.

"Lebih kurang sama...dengan tentera?" tanya Alayya, agak ketakutan.

"Tentera jauh lebih berat tanggungjawabnya sayang. Mereka adalah specialist dalam melindungi negara. Kami, polis lebih pada melindungi rakyat. Kedengaran sama tetapi ia berbeza. Kami jaga negara cuma keutamaan kami berbeza. Kenapa, sayang? Takut?" Ezzaq cuba meneka. Daripada riaksi Alayya, gadis itu tidak terlihat senang.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now