Alayya Dafeena pusingkan badan di hadapan cermin, gaya ala-ala tuan puteri. Hati si gadis tak berhenti tercuit apabila lihat baju nikah yang di pilih tersarung elok pada tubuh langsingnya."Fayyad." Alayya berjalan untuk dapatkan Fayyad yang sedang duduk atas kerusi tersedia.
"Ya?" Fayyad panggung kepala, balas pandangan Alayya.
Spontan, senyuman pada wajah Alayya memudar. Mata wanita ini berkelip sekali dua sebelum bongkokkan sedikit badan agar sama tinggi dengan Fayyad yang sedang duduk.
"Kenapa?" tanya Fayyad seraya jauhkan wajahnya dari wajah Alayya.
"Fayyad okay ke? Muka Fayyad...pucat." Alayya berasa seram sejuk. Wajah Fayyad benar-benar pucat sekarang ni, langsung tak sama seperti pagi tadi.
Fayyad pegang wajah sendiri, di usap sebentar sebelum ukir senyuman yang paling lebar.
"Butik ni, sejuk sangat," ujar Fayyad.
"Takkanlah sebab sejuk je, Fayyad boleh pucat macam ni?" perasaan risau mula menjengah ke dalam jiwa Alayya.
"Penerimaan tubuh setiap orang tak sama. But, look at you...what a dream." Fayyad cepat-cepat ubah topik perbualan. Sepasang mata jejaka ini turun melihat baju yang dikenakan oleh Alayya.
"Cantiknya..." puji Fayyad begitu ikhlas. Pandangan Fayyad langsung berubah redup, melihat Alayya mengenakan baju serba putih begini.
Alayya cuba untuk buang risaunya ke tepi. Lebih baik dia selesaikan urusan mereka dalam butik ini dengan pantas.
"Fayyad suka?" tanya Alayya. Wanita ini kembali berdiri tegak.
"Sangat-sangat suka. Lagi bagus, kalau waktu nikah nanti, Alayya selit bunga Orked sebagai hiasan kepala. Selit di antara veil," cadang Fayyad.
"What a nice idea." Seronok Alayya apabila Fayyad turut sama serta dalam pencarian baju nikah mereka.
"Beri Fayyad tangkap gambar Alayya. Fayyad nak beri pada Ezzaq, nak lihat apa komen dia." Fayyad sudah keluarkan telefon pintar miliknya.
Tanpa perlu di suruh, Alayya senyum buat kamera yang berada di depan mata. Wanita ini juga mahu tahu, apa pendapat Ezzaq? Kalau Ezzaq kata tidak cantik, Alayya sendiri yang akan cili mulut lelaki itu.
Bunyi notifikasi daripada aplikasi whatsapp membawa Ezzaq ke sinki dapur, basuh tangan sebelum capai telefon di atas meja makan. Dia terima gambar daripada Fayyad.
Laju jari mengetik gambar yang Fayyad beri. Tanpa sedar, Ezzaq tersenyum manis, dia turut sama teruja lihat Alayya memakai pakaian nikahnya.
"Seri pengantin dah mula terserlah," getus Ezzaq.
Alayya tidak kenakan sebarang solekan tetapi wajahnya tetap terlihat begitu manis, cantik yang tiada tandingannya. Ezzaq yakin, ia kerana seri pengantin.
"Mengadu pasal Fayyad bukan main lagi, tapi bila jumpa, senyum sampai ke telinga." Ezzaq tertawa halus. Sudah kalau namanya pasangan bercinta.
Ezzaq buat keputusan untuk hantar emoji ibu jari semata sebagai komennya. Telefon di tutup dan diletakkan atas meja makan semula. Ezzaq mahu sambung potong bahan untuk masak nasi gorengnya. Inilah kehidupan orang bujang pada hujung minggu. Jika bukan nasi goreng, pasti telur goreng bersama kicap. Mudah dan tidak renyah.
●●●●●
Alayya Dafeena curi-curi lihat Ezzaq di sebelah. Sekejap, kepala wanita ini lihat ke hadapan, sekejap kepala Alayya menoleh lihat Ezzaq di tempat pemandu.
Tipulah kalau Ezzaq kata dia tidak perasan akan perkara itu tetapi Ezzaq memilih diam. Kesunyian dalam kereta ini perlu dikekalkan supaya Ezzaq dapat hantar Alayya pulang tanpa sebarang drama.
Alayya gunakan peluang yang dia ada untuk keluarkan telefon pintar. Nombor Fayyad di cari sebelum di hubungi. Sengaja Alayya tekan butang pembesar suara dan maksimumkan volum telefonnya, Alayya mahu Ezzaq dengar akan semua perbualannya nanti.
Ezzaq masih buat tidak endah. Mata cuba untuk tidak lihat Alayya di sebelah. Fokus pada jalan raya, jangan pedulikan Alayya.
"Hello, Alayya?" panggilan bersambung. Fayyad langsung menegur terlebih dahulu. Penuhi seisi kereta dengan panggilan telefon yang di buat Alayya.
"Ya, Fayyad. Alayya baru keluar hospital ni. Appoinment dengan doktor dah selesai," beritahu Alayya.
"Baguslah. Ini, Alayya dengan Ezzaq tengah on the way ke kedai kasut?" Fayyad meneka.
"Hmm...itulah masalahnya. Alayya takut nak tanya Ezzaq. Dia diam je daripada tadi." Beralun nada Alayya mengadu pada si Fayyad.
Bernanah telinga Ezzaq dengar perbualan tak semenggah ini. Alayya yang tak buka mulut, Ezzaq pula yang kena? Walaupun Ezzaq memang tak mahu wujudkan sebarang perbualan tapi jika perlukan sesuatu, Alayya boleh beritahu dahulu, Ezzaq akan sedia membantu jika ia mustahak.
"Alayya takut dengan Ezzaq? Fayyad tak percaya. Cakap aje pada Ezzaq, dia akan setuju untuk teman Alayya. Percayalah." Fayyad berkata dengan lembut.
"Hmm iyalah. Alayya cuba. Nanti Alayya beritahu Fayyad. Alayya letak dulu tau. Bye." Bukan main sopan lagi ayat yang Alayya guna saat berbicara dengan Fayyad.
"Okay, hati-hati." Pesanan sempat diselit.
Ketika panggilan berakhir saja, Alayya lantas paling badan, hadap Ezzaq di sebelah. Alayya yakin! Ezzaq dengar semuanya.
"Kau nak sesuatu, kau sepatutnya minta dengan baik," kata Ezzaq.
"Ezzaq...jom teman aku cari kasut nikah." Mata dikelipkan, pampar wajah comel buat si rakan.
"Tak payah. Pakai je kasut but aku dekat rumah"
"Hish!" tangan Alayya naik bersilang ke dada.
Keadaan di antara kedua mereka sunyi sebentar sebelum Ezzaq buka mulut, bersuara.
"Kat mana kedainya?" tanya Ezzaq.
Senyuman langsung terbit pada wajah Alayya. Suka! Suka apabila dia ada lebih masa dengan Ezzaq. Banyak benda yang mahu Alayya ceritakan, banyak juga yang Alayya mahu marah soal kerjanya. Lepas cari kasut nanti, bolehlah Alayya ajak Ezzaq singgah makan pula. Inilah satu-satunya masa yang Alayya ada. Takkan sesekali, Alayya sia-siakan.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...