Sarjan Misha letakkan sebuah beg kecil di atas meja kerja Inspektor Ezzaq Qayum. Bersama senyuman di bibir, pandangan Misha beralih melihat Ezzaq di tempat duduknya.
Ezzaq hanya memandang beg makanan ini tanpa sebarang riaksi. Minat tidak, benci juga tidak. Rautnya begitu neutral seolah manusia yang tidak berperasaan. Sukar untuk Misha baca raut biasa Ezzaq itu.
"Tuan, ini...saya bawakan bekal makanan untuk Tuan. Pagi tadi, saya termasak lebih jadi saya buat keputusan untuk beri pada Tuan." Misha mulakan kata, memberitahu bahawa dalam beg itu ada makanan yang di masak sendiri oleh Misha.
Ezzaq mengangguk, faham.
"Rajin tapi saya tak makan siang, terima kasih. Mungkin Misha boleh beri pada rakan sekerja yang lain. Rasanya Athirah belum turun makan tengah hari lagi." Seperti biasa, Ezzaq menolak dengan begitu sopan.
Ezzaq turut tidak lupa untuk memuji Misha. Ezzaq tahu, salah satu sebab mengapa Misha beri makanan ini kerana mahu menunjuk rajin. Jadi Ezzaq layan sajalah.
Misha ingatkan, anggukan Ezzaq itu tanda setuju untuk menerima makanan ini. Baru saja Misha ingin berbahagia dengan pujian melambung Ezzaq, tapi sebaik dengar Ezzaq menolak, segala perasaan teruja itu hilang serta merta.
"Takkanlah Tuan tak makan siang..." Misha tersenyum kekok. Tak pernah lagi Misha berjumpa orang yang tak makan siang. Kalau orang yang tak makan pada waktu malam itu ramailah.
"Ya, saya tak makan pada waktu siang. Saya puasa." Agak bersahaja Ezzaq memberitahu. Padahal itu semua merupakan penipuan. Tak ada maknanya Ezzaq puasa pada hari Jumaat begini. Jumaat merupakan salah satu hari yang tidak digalakkan puasa.
"O-oh..." begitu saja Misha percaya pada alasan Ezzaq.
"Terima kasih ya." Ezzaq ucap buat kali kedua, berniat agar ucapan ringkas ini dapat ubati sedikit luka di hati Misha.
"Lepas waktu kerja, Tuan ada pergi ke mana-mana?" Misha masih tidak putus asa. Jika makanan di tolak, Misha akan cuba dengan cara yang lain.
"Misha, saya tak nak berkasar dengan awak, saya juga tak nak jadi orang atasan yang biadap. Saya dah kata haritu, saya akan anggap perbualan kita yang luar dari perihal kerja seolah tak wujud. Jadi kenapa awak bangkitkan perbualan yang sama?" Ezzaq bersandar badan sambil mencerlung wajah Misha.
"Saya tak mahu Tuan buat perbualan kita seperti tak pernah berlaku. Saya tak peduli, saya di tolak berapa kali, saya tetap akan terus cuba." Misha tegak dengan pendiriannya.
"Dan saya mahu beritahu awak dengan jelas, saya takkan terpikat, saya takkan termakan, saya takkan beri muka atau simpati pada awak. Selain daripada ingin jaga imej dan perwatakan saya di tempat kerja, selain daripada mengelak untuk timbulkan cerita yang tidak seronok di dengar, saya juga sedang jaga perasaan seorang gadis"
"Jadi saya harap sangat, tolong...jangan jadi punca pada kesakitkan wanita saya. Saya tak mahu wanita saya cemburu kerana awak." Begitu tegas Ezzaq memberi amaran pada Misha tika ini.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...