Ezzaq Qayyum lihat jam tangan yang dikenakan. Jarum jam menunjuk tepat pada pukul 4:10 minit pagi. Ezzaq sudah tinggalkan pesanan pada seorang rakan perbarisannya, minta ambil Ezzaq berdekatan Masjid Putra. Mujurlah, dia boleh ambil menaiki motosikal besar milik Unit Tindakan Khas yang akan dipamerkan sebentar lagi.
Kepala Alayya masih berada pada bahu Ezzaq. Tangan kiri Ezzaq turut naik memeluk bahu Alayya sedari tadi, elak tubuh sang isteri jatuh atau tersenggok-senggok.
Ezzaq daratkan sebentar dagunya di atas kepala sang isteri. Ezzaq hidu wangian yang isterinya kenakan seraya menutup mata. Jejaka ini berada dalam posisi yang sama buat beberapa minit sebelum kejutkan Alayya.
"Sayang..." Ezzaq tepuk kepala lutut Alayya.
"Sayang." Bisikan Ezzaq dikuatkan.
Apabila Alayya mula bergerak badan, Ezzaq berhenti tepuk kepala lutut si wanita.
"Hey...Ezzaq dah nak kena pergi berkumpul dengan yang lain," ujarnya.
Alayya dengar semua itu. Gadis ini tarik nafas dalam sebelum angkat kepala perlahan-lahan. Saat itu, Alayya dapat rasa lenguhan pada tengkuk sendiri akibat melentokkan kepala terlalu lama. Tak cukup dengan itu, pinggang sebelah kanan Alayya juga terasa berdenyut.
"Are you sleepy?" Ezzaq bertanya menggunakan nada rendah.
Alayya geleng kepala. Ezzaq keluarkan tuala kecil yang di bawa lalu basahkan menggunakan sisa air dalam botol minuman Alayya.
Perlahan-lahan Ezzaq lap wajah gadis ini menggunakan tuala separa basah itu. Ezzaq tumpukan pada bahagian mata, mahu buat isterinya berasa segar sedikit.
Mata Alayya di buka perlahan-lahan, lantas mencari wajah Ezzaq.
"Boleh tak, Layya nak berus gigi sekejap?" Alayya meminta izin dalam mamai yang masih terasa.
"Boleh sayang." Ezzaq keluarkan berus serta ubat gigi yang berada dalam beg pakaian Ezzaq lalu dihulurkan pada Alayya.
Alayya gosok dahulu matanya untuk hilangkan kantuk. Gadis ini duduk tegak, tarik nafas sehingga tiba di otak sebelum dilepaskan. Alayya ulang berkali-kali sehingga rasa kantuknya beransur hilang.
Sebaik Alayya bangun dan pusing ke belakang, Alayya dikejutkan dengan ratusan orang yang sudah duduk di belakang tempat duduk Alayya.
Alayya tercengang, terkejut lihat ramai manusia di sini. Rasanya waktu Alayya sampai dan mula lena, manusia belum seramai ini. Berada di hujung dataran pun, penonton tetap ramai ya?
Alayya ambil satu tapak demi satu tapak. Sedaya upaya Alayya mengelak agar tidak pijak barang orang mahupun tubuh orang di situ. Alayya berlari anak ke masjid, mahu selesaikan urusannya dengan cepat.
Allah...mujurlah Alayya masih dalam fasa haid. Kalau Alayya boleh solat, gadis ini bingung tak tahu kat mana dan bagaimana hendak tunaikan solat Subuh. Mungkin boleh solat di tempat lain selain masjid jika ada yang jaga.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...