42

8.2K 353 11
                                    

Noor Misha berjalan tanpa sebarang semangat, masuk ke ruang pejabat Jabatan Siasatan Jenayah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Noor Misha berjalan tanpa sebarang semangat, masuk ke ruang pejabat Jabatan Siasatan Jenayah. Punyalah malas Misha hendak ke tempat kerja sehingga melangkah dengan betul pun Misha tak mampu. Diseret sahaja kakinya sehingga ke meja kerja. Kepala tertunduk sugul. Dia mahu balik!

"Misha"

Suara parau itu, ia milik Ezzaq. Pantas Misha memanggung kepala, lihat meja kerja atasannya. Spontan, senyuman terbit pada bibir Misha. Ezzaq datang ke tempat kerja hari ini!

"Tuan." Misha langsung hampiri Ezzaq yang sedang duduk senang di kerusinya.

Athirah geleng kepala. Misha ni memang langsung tak faham hidup orang lain. Perubahan raut wajah Misha yang pantas itu dapat buat setiap orang faham yang Misha teramat suka pada Ezzaq.

Rayyan yang perasan akan perkara itu langsung lihat wajah Ezzaq. Riak Ezzaq tidak terlihat neutral mahupun lembut, malah tatapan Ezzaq berubah dingin yang teramat. Macam mana la Misha masih boleh tersenyum sehingga menampakkan gigi? Tak nampak ke Ezzaq mahu meletop?

"Apa yang kau cakap pada isteri aku?"  mendatar suara Ezzaq saat bertanya sehingga Rayyan dan Athirah yang duduk agak jauh pun boleh dengar dengan jelas akan persoalan Ezzaq.

Rayyan buat tidak endah, sambung melihat komputer tersedia. Sementara Athirah mula cuak seribu. Perlahan-lahan gadis ini tundukkan kepalanya, enggan di lihat oleh Ezzaq.

Wajah Misha tidak lagi seteruja tadi. Senyuman langsung hilang, digantikan dengan wajah baik yang di buat-buat. Kuat pakai topeng wanita di hadapan Ezzaq ini.

"Apa maksud Tuan? Saya tak faham. Saya kenal pun tidak siapa isteri Tuan. Saya tak tahu pula Tuan dah menikah." Misha enggan mengaku, mungkin Ezzaq hanya mahu provok Misha.

"Tak kenal? Tak tahu dah menikah? Tapi aku sedar kau selalu tengok cincin dekat jari manis aku. Memang tak tahu atau buat-buat tak tahu?" membara hati Ezzaq apabila diperbodohkan oleh Misha.

"Sesiapa pun boleh pakai cincin di jari manis, Tuan. Saya pakai inai ke tempat kerja tak bermakna saya dah kahwin, betul tak?" Misha tersenyum kecil.

"Kau cuma buat aku makin benci pada kau. Isteri aku mungkin baik tapi aku tak baik Misha, terutama sekali bila ia melibatkan isteri aku." Ezzaq tidak dapat tahan lagi suaranya. Mahu saja dia beri tendangan pada wanita tak tahu malu ini.

"Percayalah, isteri Tuan tak sebaik itu. Dia sendiri cakap pada saya, saya boleh ambil Tuan bila-bila yang saya nak." Misha tidak lagi sorok di balik penipuan.

Puas hati Ezzaq apabila Misha akhirnya mengaku dia memang bercakap dengan Alayya.

"Aku percaya, isteri aku cakap lebih daripada itu. Aku juga tahu, isteri aku cakap macam tu pada kau kerana dia yakin, kau takkan boleh ambil aku daripada isteri aku." Ezzaq bangun, berdiri menghadap Misha.

Rayyan mula tidak senang duduk. Jangan di buat main dengan amarah Ezzaq. Ezzaq memang seorang yang penyabar dan baik, lelaki ini lembut dengan sesiapa saja yang Ezzaq jumpa tetapi ketika Ezzaq mengamuk, tak ada sesiapa dapat tenangkan jejaka ini. Saat Ezzaq mengamuk, Rayyan cuma nampak Helang dan bukannya Ezzaq Qayyum.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now