Alayya Dafeena bersalaman dengan Ezzaq sebaik kereta dihentikan pada bahu jalan. Tali pinggang keledar di buka.
"Eh laju je nak keluar kereta, marah pada abang ke, sayang?" Ezzaq tahan Alayya daripada buka pintu kereta.
"Marah? Takdalah. Kenapa abang tiba-tiba fikir macam tu?" Alayya menyoal kembali.
"Tak ada apa. Wajah sayang monyok sangat." Ezzaq cuit hidung Alayya.
"Ya? Sorry." Alayya pegang wajah sendiri. Mungkin kerana masih pagi.
"Oh ya, abang... nanti balik sayang nak cerita sesuatu pada abang, tentang peguam yang uruskan pampasan Layya." Alayya baru teringat akan perasaan Muhammad tapi mahu cerita sekarang, Alayya perlu masuk kerja pula.
"Okay sayang." Ezzaq mengangguk.
"Sayang hati-hati. Tengah hari nanti abang datang bawa makanan. Makan sikit harini," ujar Ezzaq.
"Baik bos..." arahan suami mana boleh ditolak sesuka hati.
"Sayang nak keluar ni, boleh tak?" sebelah tangan Alayya sudah bersedia di pintu sementara tangan sebelah kanan masih digenggam oleh Ezzaq.
"Tak boleh. Sayang ikut abang baliklah..." pinta Ezzaq bersama suara melirik.
"Abang, sayang akan ikut abang balik pukul 5 petang nanti. Sekarang... abang balik rumah dulu. Jangan jadi gedik sangat ya? Umur dah 30 tahun." Alayya lepaskan genggaman tangan mereka.
Ezzaq terdiam. Betullah, umurnya bukan lagi 29 tahun tapi sudah masuk 30 siri. Baru Ezzaq sedar akan perkara itu.
"Hati-hati, sayang," pesan Ezzaq.
"Okay, abang pun. Bye." Alayya lambai tangan sebelum tutup pintu kereta.
Ezzaq tidak berkelip mata, hantar Alayya melalui pandangan mata. Sebaik pastikan isterinya selamat, barulah Ezzaq tenang mahu memandu pulang.
●●●●●
Seawal pukul 11 pagi, Ezzaq sudah siapkan nasi serta lauk yang sesuai buat Alayya. Bekas berisi lauk itu sudah dimasukkan dalam beg. Tinggal hidupkan enjin kereta dan pergi saja ke tempat kerja Alayya.
Tapi Alayya mula berehat pada pukul 12:30 tengah hari, masih ada 1 jam 30 minit. Tak apalah, sementara ada waktu lapang ini, lebih baik Ezzaq asingkan vitamin dan pil-pil yang Alayya perlu ambil setia hari, letak di dalam ziplock beg kecil.
Ketika Ezzaq mahu melangkah ke bilik, dirinya ditegur dengan ketukan pintu rumah. Tertunda tujuan Ezzaq mahu ke bilik mereka, lekas berjalan untuk buka pintu rumah.
Encik Manaf.
Ezzaq berkerut kening, Ezzaq tidak kenal siapa gerangan yang berdiri di hadapannya tapi Ezzaq perasan, seorang gadis yang berdiri di belakang Encik Manaf.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...