Putri Farisah keluar daripada perut kereta. Tangan laju membuka pintu penumpang bahagian belakang. Selang sesaat, Alayya hampiri Putri bersama kereta sorong bayi.Putri buka dahulu kereta sorong bayi tersebut sementara Alayya buka tali pinggang yang mengikat tubuh Qalisa pada kerusi bayi yang digunakan.
"Bismillah." Putri angkat anaknya yang semakin tembam ini, lalu diletakkan dalam kereta sorong bayi. Tali tersedia di ikat sekemas mungkin agar anaknya tidak jatuh daripada kereta sorong ini.
"Kita nak makan apa ya tadi, Layya?" Putri tolak kereta sorong Qalisa, ingin masuk ke dalam ruang pusat beli belah yang di singgahi mereka.
"Tekak masing-masing teringin nak makan pasta," beritahu Alayya.
"Dengan air coklat. Ya Allah sedapnya..." Putri sudah terngiang-ngiang dua hidangan itu di hadapan mata.
"Padahal ada je serbuk air coklat dekat rumah. Letak air panas, selesai. Terus teguk." Alayya tertawa kecil.
"Bukan apalah kan...tekak kita ni kadang nak pekena air coklat kedai. Air coklat rumah tu dah biasa sangat di minum." Putri pegang tekak sendiri.
Alayya menggeleng kepala. Agaknya kalau Rayyan dengar, Rayyan pun tampar dahi. Tapi demi kebahagiaan sang isteri, Rayyan pasti akan tunaikan sahaja.
Alayya tenung wajah Qalisa yang sudah comot di sekitar mulut. Semuanya kerana si kecil ini di beri air coklat sedikit beserta pasta ibunya yang langsung tidak pedas.
Hampir satu jam juga Alayya dan Putri bersenang-lenang dalam kafe ini kerana tujuan mereka memang mahu makan di luar dan ambil angin sebentar, ingin ubati hati yang masih lara.
"Habis dah, tak ada, tak ada. Semua awak dah makan." Putri berkata pada anaknya saat Qalisa terus-terusan menganga mulut.
Pinggan Putri memang sudah licin, air wanita itu juga sudah kering. Asalnya Putri mahu beri Qalisa rasa saja tapi lihatlah sekarang, si kecil itu sudah obses dengan air coklat, sama seperti ibunya.
"Dia dah kenyang sebenarnya ni..." tutur Alayya.
"Memang. Perut dah kenyang tapi mulut masih nak lagi. Sudah ya, sayang? Awak dah makan banyak dah harini." Putri bawa keluar tisu basah, lap tangan anaknya sebelum bersihkan mulut Qalisa.
"Daaa..." Qalisa bersuara.
"Ya, nanti dada balik. Panggil dada, dada cepat balik. Lama dah dada tinggal Qalisa." Putri terus-terusan bercakap dengan Qalisa tanpa jemu.
"Suruh dada awak bawa suami aunty Layya sekali. Dah dua bulan tak nampak muka. Awak pun dah nak masuk 11 bulan." Alayya geletek leher Qalisa, membuatkan si kecil ini tertawa.
"Gila kan bila teringat balik?" Putri letakkan tisu yang sudah digunakan dalam pinggan makan yang sudah kosong.
"Tersangat," sahut Alayya.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...