Gelap.
Pemikiran Alayya tidak lagi berfungsi. Gadis ini cuba untuk tahan diri daripada tumbang tetapi dia tidak mampu.
"Puan!" kelam kabut doktor Lila dapatkan Alayya di atas lantai.
Spontan, Putri berkerut wajah. Dia dengar dengan jelas ada yang menjerit daripada dalam bilik doktor itu. Putri kemudian nampak beberapa penolong klinik yang berada di kaunter pantas berlari ke bilik doktor.
"Biy... Putri call biy semula nanti. Putri tak sedap hati." Putri berdiri, mula menapak satu langkah.
"Apa-apa beritahu biy." Rayyan tidak mahu tanya banyak. Pasti ia ada kena mengena dengan Alayya.
"Ya." Putri lantas akhiri panggilan telefon. Wanita ini merapat ke arah bilik doktor.
"Call ambulance!" doktor Lila mengarah pembantu klinik. Nadi Alayya diperiksa. Detak nadi Alayya begitu laju.
"Han!" doktor Lila ketuk bilik doktor kedua bersebelahan dengan biliknya.
"Ya ya." Doktor Han langsung buka pintu penyambung di antara bilik mereka.
"Tolong I angkat this patient." Doktor Lila berdiri dan bergerak menjauhi Alayya.
"What happened?" Han lekas mengangkat tubuh Alayya, dibaringkan atas katil tersedia.
"I don't know...shocked or maybe dehydration. I tak pasti. She's pregnant, I prefer to wait for ambulance." Doktor Lila tak mahu memandai-mandai.
Ya, dia seorang doktor tetapi doktor yang sudah lama bersara dari uruskan kes-kes besar. Klinik mereka juga bukannya ada alatan sesuai untuk periksa keadaan Alayya.
"Penjaga pesakit?" Han bertanya.
"Yeah, she came with one lady outside. Probably her sibling. Can you talk to her?" Doktor Lila kipas wajah Alayya menggunakan majalah perubatan semata.
"Sure"
Han keluar daripada bilik doktor itu, mengejutkan Putri yang sudah berada betul-betul di hadapan pintu ruangan.
"Cik penjaga pada pesakit di dalam ke?" Han bertanya dengan baik.
Putri cuba mengintai. Saat nampak tubuh Alayya kujur di atas katil, bersama doktor yang terus menerus kipas Alayya, Putri langsung berlari untuk dapatkan sahabatnya.
"Layya?" mata Putri terjegil. Dia dah agak! Pasti ada yang tidak kena.
"Kenapa doktor?" Putri menginginkan jawapan.
"Saya boleh kata, Puan Alayya kekurangan tenaga. Badannya memang tampak lemah. Tapi saya tak berani untuk lakukan apa-apa buat masa sekarang. Saya akan refer Alayya ke hospital demi keselamatan janin," terang doktor Lila.
Putri terkesima. Dia dengar benda yang betul ke? Janin?
"Alayya...mengandung?" Putri mahukan kepastian yang lebih mendalam.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...