Rayyan Hadif menuju terus ke ruang wad Ezzaq Qayyum. Sebaik nampak kedua anggota sedang berjaga di hadapan wad Ezzaq, Rayyan segera keluarkan kad identitinya sebagai seorang Unit Tindakan Khas, mahu tunjuk pada dua anggota tersebut.
"Rayyan Hadif, sahabat Inspektor Ezzaq Qayyum," ujar Rayyan dengan begitu jelas sebelum perlihatkan kad identitinya.
Sarjan yang sedang berjaga itu langsung mengangguk kepala. Ketukan di beri pada daun pintu wad, mahu beritahu pada Ezzaq bahawa lelaki ini mempunyai tetamu.
"Tuan, Inspektor Rayyan Hadif berada di hadapan wad," beritahu Sarjan itu dengan tegas.
"Suruh dia masuk selepas 30 saat," sahut Ezzaq daripada dalam bilik.
Rayyan hela nafas lega. Hatinya sebagai seorang sahabat benar-benar senang saat dengar suara Ezzaq.
"Isteri Ezzaq ada di dalam ke?" tanya Rayyan, ingin tahu. Mustahil Alayya belum tiba di sini.
"Ada"
Rayyan mengangguk. Bagus. Wanita itu memang orang pertama yang wajib tahu akan kepulangan Ezzaq.
"Masuk!" laung Ezzaq.
Sarjan tersebut bukakan pintu wad buat Rayyan, benarkan sahabat Ezzaq ini masuk ke dalam. Selang beberapa saat, pintu wad itu di tutup semula.
"Ezzaq." Rayyan terus peluk tubuh rakannya, di tepuk tubuh belakang Ezzaq sekali dua sebelum leraikan dakapan itu.
Lebar senyuman Rayyan sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.
"Ya Allah... sumpah kau nampak sihat, macam tak ada apa-apa yang berlaku," komen Rayyan. Rayyan nilai tubuh Ezzaq daripada atas ke bawah, sama! Tak ada yang berubah.
Ezzaq tersenyum kecil.
"Mungkin sebab pada aku... aku cuma hilang empat hari." Ezzaq berjalan hendak duduk di sofa tersedia.
Rayyan turut ambil peluang dan labuh duduk di sofa berbingkai satu, tinggalkan ruang kosong di sebelah Ezzaq agar Alayya dapat duduk di situ.
"Sekejap, aku tengah pelik dengar statement kau tadi tapi sebelum aku suruh kau cerita, Alayya mana?" Rayyan lihat ruang bilik wad yang luas ini, tidak pula terlihat bayang Alayya di mana-mana.
"Dalam tandas." Ezzaq lihat pintu tandas yang masih tertutup.
"Sayang! Are you okay?" Ezzaq bertanya, lama pula isterinya berada dalam tandas.
"I'm okay," balas Alayya.
Ezzaq kembali beri tumpuan pada Rayyan.
"Apa jadi pada isteri aku sepanjang aku tak ada?" Ezzaq buat keputusan untuk bertanya pada Rayyan.
"Terlalu banyak benda yang berlaku pada Layya. Kalau kau tanya aku, aku sendiri tak tahu nak mula cerita daripada mana." Rayyan betulkan duduknya agar menjadi lebih selesa.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...