80

561 53 0
                                    

Ezzaq Qayyum keluar daripada ruang lif, berjalan terus ke bahagian Siasatan Jenayah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezzaq Qayyum keluar daripada ruang lif, berjalan terus ke bahagian Siasatan Jenayah. Hari ini adalah hari pertama Ezzaq masuk ke pejabat selepas cuti selama tujuh hari.

Lelaki itu sudah pulih sepenuhnya. Mental dan fizikal Ezzaq sama-sama bahagia bermakna Ezzaq masuk ke tempat kerja hari ini bersama senyuman bahagia.

Tiba saja Ezzaq di Jabatan Siasatan Jenayah, Ezzaq terima tepukan yang gemuruh daripada setiap anggota dan pegawai yang ada. Terhenti sebentar Ezzaq dibuatnya, melihat rakan sekerjanya secara rawak.

"Welcome back, brother." Rayyan menegur Ezzaq daripada belakang sebelum berjalan terus ke meja kerjanya.

Senyuman Ezzaq semakin lebar.

"Terima kasih semua," ucap Ezzaq begitu ikhlas.

Ezzaq memang benar-benar berterima kasih pada semua di jabatannya kerana Ezzaq sendiri sudah dengar bagaimana baiknya mereka layan Alayya.

Ezzaq kembali ke meja kerja sebaik bertegur sapa dengan beberapa orang rakan sekerja. Makin bersemangat lelaki ini ingin mulakan pagi Isninnya.

Benda pertama yang Ezzaq buka adalah emel khas pekerja. Apa-apa maklumat penting pasti disampaikan melalui emel itu. Emel terakhir yang Ezzaq terima adalah pada pukul 7:30 pagi daripada SPRM.

'Inspektor di minta datang ke pejabat SPRM untuk bertemu dengan Pegawai Penyiasat Alayya Dafeena pada tarikh dan waktu tertera. Keterangan akan di ambil dalam masa dua jam.' Ezzaq baca emel yang diterima dalam hati.

Spontan, Ezzaq tersenyum kemenangan. Dia dapat berjumpa Alayya pada esok hari! Lihat ruang pejabat wanita itu dan tatap bagaimana rupa Alayya saat bertugas! Tidak sabar rasanya.

"Lebar senyum, cik abang..." Rayyan menegur si rakan.

"Kenapa? Nak ajak aku sarapan la tu." Ezzaq jeling Rayyan melalui ekor mata, kacau saja orang mahu berbahagia.

"Takda masa. Aku banyak kerja. Nah tugas utama kau selepas kembali masuk kerja." Rayyan hulur sebuah fail pada Ezzaq.

Ezzaq ambil fail tersebut sebelum kembali tatap wajah Rayyan.

"Kerja apa?" soal Ezzaq.

"Jaga budak intern." Rayyan beralih tempat, sekali gus menampakkan lima orang pelajar intern yang sedang berbaris di belakang Rayyan.

Ezzaq tergamam.

"Semoga berjaya." Rayyan tepuk bahu Ezzaq sekali dua sebelum lihat wajah kelima pelajar universiti ini.

"Inilah pegawai yang akan jaga engkau orang. Namanya Ezzaq Qayyum. Panggil Tuan Ezzaq. Apa-apa cari je dia." Rayyan memberitahu secara ringkas sebelum kembali ke tempatnya.

Ezzaq lakar senyum buat kelima pelajar ini. Semua lelaki, jadi baguslah, tak susah sangat hendak menjaga. Takda juga kes macam Misha nanti.

Jaga budak intern pun bolehlah. Bukannya susah mahu jaga mereka ni. Ezzaq mulakan dengan lihat pengenalan diri kelima-lima pelajar ini dalam fail yang di beri.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now