Teruja Alayya dapatkan Fayyad di meja makan kedai mamak berdekatan rumah, tak sabar mahu lihat sijil kursus kahwin lelaki itu sebenarnya."Mana? Mana?" tanpa sebarang salam, Alayya sergah Fayyad dengan kehadirannya.
Terenjut juga tubuh Fayyad dengar suara Alayya tiba-tiba. Mujurlah dia tiada sakit jantung.
"Ini, dalam fail ni." Fayyad hulurkan fail lutsinar pada Alayya.
Sejak Fayyad kata dia sudah terima sijil kursus kahwin, bukan main gembira lagi Alayya mahu bertemu. Akhirnya Fayyad memutuskan untuk bertemu malam ini, dapatlah isi perut sekali.
"Wah...satu fail khas untuk satu sijil," kata Alayya. Corak sijil kursus kahwin Fayyad diteliti sebaik mungkin.
"Harus. Sijil ni perlu di jaga sebaik mungkin." Fayyad sisip air kosongnya sebelum beri tumpuan penuh pada Alayya.
"Cantik. Ezzaq pun dapat sijil juga ya harini?" tak lupa Alayya bertanya akan sahabat mereka lagi seorang. Kata Fayyad, Ezzaq yang temani Fayyad sertai kursus kahwin selama dua hari ini.
"Ya. Dia dapat lepastu dia terus sorok. Tak bagi orang tengok langsung"
Alayya hanya menggeleng kepala.
"Sijil dah ada, tinggal daftar saja. Kalau dapat kahwin dalam bulan hadapan kan bagus." Alayya mula berangan-angan.
"Sabar, Alayya. Lupa ke bulan depan Fayyad sibuk dengan kursus dan seminar?"
Alayya koyak senyum paksa. Wanita ini tak lupa cuma dirinya hairan, kerap sangat Fayyad ke seminar, seolah tiada guru lain yang boleh di hantar sertai kursus tersebut. Tak terabai ke anak murid Fayyad di sekolah itu apabila Fayyad kerap ke kursus?
"Saya nak ke tandas sekejap." Alayya tinggalkan segala barangnya di atas meja dan berlalu ke tandas.
Fayyad buat tidak endah di tempat duduknya, menanti si gadis kembali. Namun, notifikasi yang masuk ke dalam telefon Alayya menarik minat Fayyad untuk lihat telefon sang tunang.
Kesemua notifikasi itu datangnya daripada rakan sekerja Alayya sendiri. Fayyad tidak sibuk akan hal kerja Alayya, dia cuma mahu lihat perbualan whatsapp Alayya bersama Ezzaq.
Memang benar, Ezzaq langsung tidak balas pesanan Alayya sejak Fayyad melamar Alayya. Hati Fayyad mula menanggung beban bersalah. Sebab dia kah...Ezzaq tiba-tiba menjauh begini? Sampai hari ini, Alayya tak pernah berhenti mesej Ezzaq tetapi semua pesanan itu langsung tak di baca, di balas apatah lagi. Hampir satu bulan juga, Ezzaq berperangai begini.
Ketika sedang leka, Fayyad dikejutkan dengan notifikasi lain yang masuk dalam telefon Alayya. Notifikasi whatsapp daripada doktor psikiatri yang sudah lama merawat Alayya.
Fayyad baca sekilas melalui notifikasi tersebut, membuatkan kening lelaki ini berkerut tebal."Saya rasa saya nak maggi sup la, teringin nak makan benda berkuah," sapaan Alayya menyedarkan Fayyad bahawa si gadis sudah pulang daripada tandas.
"Kenapa? Ada apa dekat telefon Alayya?" Alayya lihat telefonnya yang berada di tangan Fayyad. Gelap saja skrin. Fayyad tengok apa?
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...