EPILOG

16.3K 551 117
                                    

Alayya Dafeena keliru seribu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya Dafeena keliru seribu. Si kecil yang baru berusia lima tahun ini tidak faham apa yang sedang dilihatnya sekarang.

Mengapa makcik saudaranya menangis sambil mengelus wajah Alayya?

Kenapa Alayya berada di sebuah ruangan yang tak pernah di lihat sebelum ni?

Siapa wajah-wajah gerangan yang berdiri berdekatan Alayya sekarang? Dia cuma kenal mak saudaranya.

"Alayya... makcik bukan sengaja mahu tinggalkan Alayya dekat sini tau. Makcik sakit tenat... makcik tak boleh jaga Alayya lagi. Alayya duduk sini, membesar dengan kawan-kawan ya? Makcik minta maaf... makcik bukan tak nak tunaikan janji makcik pada arwah mak dan bapa Alayya tapi makcik tak mampu, sayang." Penuh siksa mak saudara Alayya ini menerangkan pada Alayya.

Alayya hanya diam, merenung wajah makcik saudaranya ini tanpa sebarang fahaman.

"Takpelah kak... jangan risau, Alayya pasti baik-baik je di sini." Puan Maidah sentuh bahu wanita muda ini.

Makcik saudara Alayya kucup kepala Alayya lama sebelum berhadapan dengan Puan Maidah.

"Minta jaga dia ya kak. Saya pergi dulu." Tanpa mengerling Alayya, wanita muda itu terus berlalu pergi, beredar dari pejabat Puan Maidah ini.

Alayya di biar tergapai-gapai. Mak saudara Alayya benar-benar sayangkan Alayya seperti anak sendiri tapi apakan daya... dirinya diserang sakit tenat yang mematikan.

Daripada meninggalkan Alayya berseorangan, lebih baik dia hantar Alayya ke sini. Sekurangnya, Alayya terjaga.

"Puan! Puan!" suara tinggi seorang jejaka menerjah pejabat Puan Maidah ini.

"Ya Ismail?" terkejut Puan Maidah saat lihat Hasyim bawa seorang budak lelaki yang tidak pernah di lihat sebelum ini.

"Puan. Tadi ada satu kereta berhenti depan pagar. Dia letak budak lelaki ni di luar dan terus pergi. Saya langsung tak nampak muka dia. Yang saya tahu, dia lelaki." Encik Ismail beri anak kecil dalam dukungannya pada Puan Maidah.

"Tinggalkan? Ismail, biar betul?" mata Puan Maidah sudah terjegil.

"Betul, Puan. Saya cuba kejar kereta tu tapi tak mampu," jawab Ismail serius.

Puan Maidah lihat wajah kekanak lelaki dalam dukungannya.

"Apa nama awak, sayang?" tanya Puan Maidah pada kanak-kanak lelaki ini.

"Ezzaq Qayyum"

"Ezzaq... sedapnya nama. Ezzaq tahu umur Ezzaq berapa tahun?" soal Puan Maidah lagi.

Ezzaq tidak menjawab malah hanya keluarkan lima jarinya.

Fahamlah Puan Maidah bahawa anak ini berusia lima tahun. Puan Maidah dudukkan Ezzaq di sebelah Alayya lalu Puan Maidah periksa poket seluar Ezzaq.

Puan Maidah seluk kocek seluar lelaki itu dan keluarkan dua benda. Terdapat surat beranak yang sudah di lipat sehingga sekecil-kecil kertas beserta kad pengenalan Ezzaq.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now