72

882 87 8
                                    

Alayya Dafeena pincingkan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya Dafeena pincingkan mata. Alayya baru nampak wajah Muhammad sedang berdiri di hadapan rumahnya ke?

Alayya parkir kereta di dalam kawasan rumah. Alayya lihat jam tangannya, pukul 5:30 petang. Kenapa Muhammad berada di sini? Ada masalah apa-apa lagi ke?

Alayya keluar daripada kereta, langsung dekati Muhammad yang berdiri di kawasan luar rumah.

"Muhammad, awak buat apa dekat sini?" tegur Alayya.

Muhammad masukkan kedua belah tangan di dalam poket seluar. Wajah Alayya di tatap bersama senyuman tipis.

"Segak juga Alayya berpakaian uniform," puji Muhammad tidak semena-mena.

Alayya berkerut kening. Lain macam saja pandangan Muhammad ni.

"Ada apa-apa soal pampasan yang saya perlu tahu ke?" Alayya bertanya urusan kerja sahaja. Elak bercakap soal peribadi.

Muhammad menggeleng.

"Saja saya ke sini, mahu pastikan awak selamat," kata Muhammad, baik.

Makin tak sedap hati pula Alayya dibuatnya.

"Jangan kata...awak juga polis samaran yang mereka hantar. Setahu saya, dah tak ada mana-mana polis yang menjaga saya sekarang." Alayya cuba berfikiran positif.

"Saya bukan seorang polis, Alayya. Saya peguam," beritahu Muhammad, tenang.

Alayya mengangguk.

"Muhammad, tolong jangan cakap apa yang saya fikir ni betul." Alayya mulai gelisah.

"Alayya fikir apa? Kalau Alayya fikir saya tertarik dengan Alayya, ya betul, saya simpan perasaan pada Alayya." Muhammad tidak berdolak dalik, langsung beritahu isi hatinya.

Alayya tergamam. Dua ulas bibir wanita ini rapat tertutup.

"Saya tahu, ia satu benda yang gila tapi saya tak main-main," tutur Muhammad lagi.

"Kemudian awak nak saya buat apa? Muhammad, saya isteri orang. Saya adalah isteri yang sah pada Ezzaq Qayyum dan sehingga bila-bila saya adalah isteri Ezzaq Qayyum seorang. Ezzaq hidup ataupun tidak, saya tak terfikir untuk duakan dia. Saya cintakan suami saya yang teramat jadi saya minta...tolong buang perasaan tu." Alayya bercakap dengan riak yang dingin.

Muhammad tidak balas apa-apa, hanya tatap wajah Alayya tanpa berkelip mata.

Alayya langsung masuk ke dalam rumah. Tak sedikit pun wanita ini berpaling untuk pandang Muhammad yang masih berdiri di tempatnya.

Gila...semua ini memang gila. Alayya bukannya pernah jumpa Muhammad lebih daripada dua kali. Pertama di rumah Alayya saat penyerahan dokumen, kedua di masjid. Itu saja. Macam mana Muhammad boleh menaruh hati begitu? Pada isteri orang!

Muhammad memang tak waras. Alayya harap, inilah kali terakhir dia akan lihat wajah jejaka tersebut.

●●●●●

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now