04

8.5K 361 12
                                    

Ezzaq Qayyum turun daripada motosikalnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezzaq Qayyum turun daripada motosikalnya. Topi keledar di buka sebelum sisir rambut secara rawak menggunakan tangan. Serentak itu, gegaran ringan yang dirasakan pada poket seluar membawa Ezzaq keluarkan telefon pintar miliknya.

Nombor Alayya terpampar di skrin telefon sebagai pemanggil. Ezzaq tidak usik layar telefon dan hanya letak alat peranti itu ke dalam bakul motosikal.

Dalam tidak sedar, Alayya lihat segala perbuatan Ezzaq daripada jauh. Kening Alayya berkerut tebal sebaik nampak Ezzaq abaikan panggilan telefonnya. Alayya akhirnya tamatkan panggilan, lalu kaki menapak keluar daripada perut kereta, hampiri rumah sewa teres yang diduduki oleh Ezzaq dan Fayyad.

“Ezzaq,” panggilan daripada arah belakang Ezzaq membuatkan tubuh pegawai polis ini kaku buat seketika.

Ezzaq selesaikan lipatan jaket yang digunakan untuk menunggang motosikal sebentar tadi sebelum pusing tubuh, mencari wajah Alayya. Ezzaq tahu, itu suara Alayya.

Bayang Alayya berdiri di luar pagar rumah membenarkan segala tekaan Ezzaq.

“Dafeena?” Ezzaq hampiri pagar rumahnya.

“Kenapa? Aku tak boleh datang sini dah?” soal Alayya.

Ezzaq bukannya hairan akan ketibaan Alayya yang tiba-tiba tetapi jejaka ini terkejut saat nampak Alayya memakai uniform kerjanya pada luar waktu bekerja. Jam sekarang sudah pukul 8 malam, mustahil Alayya masih berada dalam waktu bekerja.

“Kau tu pegawai SPRM, mana boleh sesuka hati berlegar kat tempat awam sambil pakai uniform ni,” tegur Ezzaq.

“Aku tak ada masa nak balik tukar pakaian. Habis je kerja, aku terus tunggu di sini, tunggu kau balik daripada IPD. Kau kenapa, Ezzaq?” Alayya bukannya mahu bercakap kosong tetapi dia sudah penat diabaikan oleh Ezzaq.

“Apa aku buat?” Ezzaq bertanya kembali.

“Aku rasa kau tiba-tiba menjauh. Fayyad kata, satu minggu lebih kau tak balik rumah. Semalam baru kau balik, itu pun balik tengah malam, waktu orang dah tidur. Sebelum ni, walaupun kau selesaikan kes, kau ada banyak kerja, kau tak pernah abaikan mesej aku. Kenapa tiba-tiba kau tak balas mesej? Tak angkat call? Aku sendiri nampak kau abaikan call aku tadi.” Alayya cuba untuk tidak tinggikan suara, Alayya tak mahu ganggu jiran-jiran Ezzaq di kiri dan kanan.

“Benda ni tak betul, Dafeena,” rendah suara Ezzaq berkata.

“Apa yang tak betul?” Alayya inginkan penjelasan yang lebih.

“Ini, kita. Kau sedar tak, saat kau terima untuk menikah dengan Fayyad bermakna kau adalah tunang dia sekarang. Tak manis untuk aku terus berbalas mesej dan call dengan tunang orang, tunang kawan baik aku sendiri. Kita dah perlu jaga batas mulai daripada saat ni”

Alayya terdiam tetapi wanita ini tetap tidak puas hati mendengar jawapan Ezzaq.

“Kau boleh je cakap baik-baik dengan aku dan bukannya abaikan aku tanpa sebarang penjelasan,” tutur Alayya. Pandangan mata si gadis tepat melihat Ezzaq di hadapan.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now