64

661 63 1
                                    

Alayya Dafeena lihat kalender yang berada di atas almari kecil, bersebelahan katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya Dafeena lihat kalender yang berada di atas almari kecil, bersebelahan katil. Kalender itu di ambil, lalu Alayya lihat tarikh sekarang.

30 Januari.

Genap dua bulan, Ezzaq tinggalkan Alayya. Pada waktu ini, pukul 8:56 minit malam, Ezzaq tinggalkan Alayya demi negara. Sehingga sekarang, hampir empat minggu, Ezzaq hilang tanpa jejak.

Alayya ketap bibir. Alayya bukan sahaja tidak dapat sambut hari jadi Ezzaq, malah hari jadi Alayya pada 25 Disember juga tidak di sambut oleh mereka.

Alayya sendiri lupa, hari jadinya sudah berlalu satu bulan yang lalu. Jika Alayya ingat sekalipun, dia takkan sambut sendirian.

Wanita ini letakkan kalender itu di atas almari kecil semula. Ruang beradu mereka di lihat bersama tatapan yang semakin kabur.

Perlahan-lahan, Alayya sentuh kepala sendiri, mengusapnya penuh kelembutan.

"Selamat hari jadi...Alayya Dafeena," ucap Alayya bersama nada rendah. Kepala sendiri terus diusap semampunya.

Ezzaq suka benar elus rambut Alayya. Ezzaq juga pasti akan usap kepala Alayya setiap kali sebelum tinggalkan Alayya ke tempat kerja atau tempat lain. Sudah lama...Alayya tidak dapat sentuhan lembut sang suami.

"Abang tak rindu pada Layya ke... abang baliklah..." tutur Alayya bersama tumpahan air mata yang semakin deras.

Esakan Alayya semakin kuat kedengaran, memenuhi seisi bilik. Alayya tidak tahu hendak kuat bagaimana lagi. Dia sudah letih, penat menanti berita daripada orang-orang yang terlibat tapi satu perkara bahagia pun tidak menjengah telinga.

Alayya baringkan tubuh di atas katil. Ruang kosong yang sering menjadi tempat Ezzaq beradu di tatap tanpa henti.

"Di mana pun abang berada...Layya harap abang akan sentiasa ingat pada Layya," bisik si gadis perlahan.

Alayya tutup mata, air mata yang tersisa menenami Alayya lena di malam yang kian sunyi.

"Sayang jaga diri. Kalau sayang nak abang pulang dengan selamat, sayang jaga diri dahulu. Walau apa jadi, abang akan cari jalan untuk balik"

Suara Ezzaq jelas kedengaran pada telinga Alayya. Alayya buka mata dalam keadaan terkejut. Ruang bilik lantas menjadi tatapan mata.

Anak mata Alayya bergerak ke kanan dan ke kiri sebelum Alayya bangun daripada pembaringan. Kening wanita ini mula berkerut.

Alayya yakin, dia dengar suara Ezzaq sebentar tadi. Suara Ezzaq muncul dalam mimpi Alayya tapi suara itu terdengar seperti di dunia nyata.

Ketukan pada pintu rumah mengejutkan Alayya Dafeena. Alayya lihat pintu bilik yang tertutup rapat. Siapa pula yang datang ke rumah Alayya pada malam begini?

Alayya lihat jam pada skrin telefon. Sudah pukul 9:49 minit malam. Waktu orang masuk tidur tetapi rumah Alayya dihadiri tetamu.

Alayya turun daripada katil. Tudung sarung di capai sebelum menapak ke pintu rumah. Ketukan pada pintu rumah itu langsung tak berhenti sedari tadi. Mustahil, Putri yang datang kerana Putri takkan beri ketukan begini.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now