Sarjan Misha berdiri dari tempat duduknya. Di tangan, terdapat laporan yang agak tebal, sudah selesai di periksa berpuluh kali sepanjang hari ini.
Misha menapak, pergi ke meja orang atasannya.
“Tuan, laporan saya dah siap.” Misha hulur bersama wajah yang bangga.
Ezzaq panggung kepala, lihat wajah Misha sesaat sebelum sambut huluran kertas tersebut.“Yakin, tak ada salah kalini?” soal Ezzaq seraya selak secara rawak laporan yang Misha beri.
“Yakin, Tuan”
Ezzaq mengangguk. Nanti sajalah dia periksa laporan ini. Hari ini saja dia sudah selak dan periksa laporan daripada Misha sebanyak tiga kali dan tiga kali juga, Ezzaq perlu minta Misha betulkan. Berilah otak Ezzaq berehat sebentar sebelum periksa untuk kali keempat.
“Err…Tuan.” Misha masih berdiri di sisi meja Ezzaq.
“Kenapa, Misha? Awak dah boleh kembali ke tempat awak,” kata Ezzaq. Ingatkan beri anggukan saja sudah memadai.
“Kalau saya nak ajak Tuan keluar makan lepas habis waktu bekerja ni, Tuan sudi tak?” Misha tidak terlihat gugup saat bertanya. Pasti sudah lama gadis ini mahu ajak Ezzaq keluar.
“Untuk apa, Misha? Tak manis keluar berdua di luar tempat kerja. Mengundang mulut orang.” Ezzaq bercakap tanpa balas lirikan mata Misha.
Ini bukanlah kali pertama Ezzaq terima ajakan begini. Daripada rakan kerja wanita mahupun lelaki, jarang sekali Ezzaq terima pelawaan mereka untuk keluar bersama. Dengan Rayyan pun, Ezzaq tak pernah keluar bersama di luar waktu kerja. Keduanya sama-sama mahu jaga diri daripada di label dengan gelaran yang bukan-bukan. Silap sikit saja, pasti satu IPD tahu akan kisah tersebut.
“Kalau saya bawa kawan?” Misha masih mencuba.
Ezzaq diam seketika. Lelaki ini angkat kepala, tenang memandang wajah Misha.
“Bahaya, Misha. Sebolehnya, saya mahu elak daripada berjumpa dengan rakan kerja saya di luar dari waktu bekerja. Inspektor Rayyan dengan saya tak pernah langsung berjumpa di luar sejak kami berkawan tiga tahun lepas. Misha adalah anggota bawahan saya, lebih sukar untuk saya terima ajakan ni. Saya bukan sombong tapi berjaga-jaga. Badan beruniform seperti kita memang sentiasa perlu berjaga-jaga, Misha. Kita perlu elak dari di gelar makan rasuah, menyodok orang atasan, menyenangkan orang bawahan dan macam-macam lagi. Walaupun kita tak buat semua tu, tapi tak mustahil kita peroleh gelaran tu lepas orang lain nampak kita keluar bersama”
Panjang lebar Ezzaq terangkan, cuba untuk beri Misha faham. Ezzaq akan elak selagi boleh. Ezzaq tak mahu, namanya busuk hanya kerana ingin jaga hati orang. Biarlah di gelar sombong daripada terima gelaran sampah begitu.
“Tapi, Tuan…” Misha bermain dengan jari jemari sendiri. Gelisah pula tiba-tiba.
“Ramai lagi lelaki di luar sana. Jatuh hati pada mereka. Peraturan pertama, jangan jatuh hati pada orang atasan sendiri. Bahaya, Misha.” Tak perlu kata, Ezzaq sendiri dapat teka apa yang Misha ingin beritahu. Mata gadis itu tak menipu.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...