30

8.5K 339 4
                                    

"Sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang." Ezzaq hentikan langkah kakinya, sekali gus buat jalan Alayya turut tergendala.

"Kenapa?" Alayya mendongak sedikit, pandang wajah si suami. Jangan kata Ezzaq ada tinggal sesuatu di kereta.

"Ezzaq rasa, kita silap perancangan," katanya.

Alayya berkerut kening. Mereka ada perancangan? Apa rancangannya? Alayya tak tahu pun? Dia cuma mahu sokong Ezzaq sertai perbarisan, itu saja. Jadi buat apa mahu adakan perancangan bagai?

"Kita tak sepatutnya berada di pertengahan dataran." Ezzaq masih dengan kiasan. Hilang pula sabar si Alayya nanti bila Ezzaq terus cakap sepatah-sepatah begini.

"Sepatutnya, kita berhenti berdekatan Masjid Putra sebab Ezzaq punya perbarisan tamat di situ. Sayang duduk di situ, kemudian bila urusan Ezzaq dah selesai. Kereta kita pun ada berdekatan situ. Tak perlulah kita berjalan jauh untuk kembali ke sini, ambil kereta." Ezzaq akhirnya beri penerangan penuh.

"Ouh...macam tu ya?" tak terfikir pula Alayya akan perkara itu. Fikiran Alayya hanya mahu duduk saja sekarang.

"Ya. Maaf sayang. Kita ke kereta semula, ya?"

Alayya mengangguk tanda okay. Tak apalah, sekurangnya Ezzaq sedar awal dan bukan pada waktu akhir.

Kedua mereka berjalan semula ke tempat parkir. Mujurlah tidak jauh, berdekatan sini saja. Perjalanan dari sini ke Masjid Putra kalau menaiki kereta, tidaklah begitu jauh. Cuma kalau jalan kaki, terasalah juga jauhnya.

"Tapi kan Ezzaq." Alayya pandang Ezzaq yang sedang memandu.

"Kenapa sayang?"

"Ezzaq akan habis berdekatan masjid Putra. Ezzaq mula berdekatan Istana Kehakiman. Macam mana Ezzaq nak ke sana? Naik kereta? Maksudnya, balik nanti kita tetap perlu jalan jauh sebab kereta di parkir berdekatan Istana Kehakiman." Pening kepala Alayya memikir.

Ezzaq takkan mula dari Masjid Putra jika jejaka itu selesai perbarisan di sana. Ezzaq akan mula di arah yang bertentangan.

"Tak apa, Ezzaq boleh jalan kaki ke sana atau boleh minta rakan perbarisan lain yang ambil. Kereta kita biarkan di Masjid sahaja," jawab Ezzaq.

Tak apalah kalau Ezzaq kata begitu. Jejaka ini lebih mahir. Ezzaq kan pegawai polis. Kalau setakat berlari anak ke sana, mungkin tak jadi masalah. Rakan perbarisan dia juga ramai.

Saat mereka tiba di hujung dataran, kawasan di sini jauh lebih hening dan tidak punyai ramai pengunjung seperti di pertengahan dataran Putrajaya. Bagus juga mereka pilih untuk duduk di sini, tampak tenang dan tak begitu serabut.

"Sayang nak duduk mana? Choose your place," bisik Ezzaq.

Alayya ambil tempat di hadapan sekali, betul-betul di balik palang besi.

"Okay, senanglah Ezzaq nak cari muka sayang nanti." Ezzaq bentangkan tikar yang di bawa sebagai alas buat isterinya.

Beg tangan sang isteri di letak atas tikar tersebut bersama makanan Alayya yang lain. Sebaik Alayya labuh punggung, Ezzaq turun duduk di sebelah Alayya.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now