15

7.8K 319 1
                                    

Alayya Dafeena labuh duduk di atas sofa berbingkai satu yang berada dalam biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alayya Dafeena labuh duduk di atas sofa berbingkai satu yang berada dalam biliknya. Gadis ini tenung telefon pintar miliknya yang memancar cahaya tanpa henti.

Jelas terpampar, pesanan Alayya bersama Ezzaq berakhir hampir 4 minggu yang lalu. Pesanan di mana Alayya minta Ezzaq untuk temannya mengambil Fayyad di perhentian bas. Siapa sangka, ia akan jadi pesanan terakhir sebelum mereka saling tak berhubung sehingga sekarang.

Lama Alayya mengelamun sendiri. Fikirannya kosong, begitu juga dengan pandangan mata. Lama kelamaan, telefon Alayya mula terpadam sendiri dek tiada sentuhan.

Spontan, Alayya terjaga dari lamunan. Keadaan sekitarnya di pandang sebelum Alayya buka semula alat perantinya.

Minggu lepas, pada hari Sabtu begini, Alayya sedang sibuk di Lumut. Bermain dengan adik-adiknya dalam rumah anak yatim itu sebelum berbual dengan Puan Maidah.

Tapi minggu ini, Alayya buat keputusan untuk tidak pulang demi menjimatkan penggunaan wang. Minyak sekarang mahal, perlu bayar tol lagi. Jika kerap pulang, poket Alayya sendiri yang kering. Kereta itu juga perlu di jaga, tak boleh sesuka hati redah ratusan kilometer setiap minggu.

"Belum duduk sorang-sorang lagi, tapi hidup dah sesunyi ini..." Alayya mengeluh kecil.

Dagu mendarat pada permukaan meja sebelum kembali menatap pesanan terakhir bersama Ezzaq. Tidak sampai satu minit, Alayya sedar akan sesuatu. Lekas gadis ini duduk tegak sebelum letak telefon di atas meja.

"Astaghfirullah Al Azim..." Alayya usap wajah berkali-kali.

"Bukan mesej dengan Ezzaq yang kau perlu tatap, Alayya. Mesej kau dengan Fayyad yang patut di tenung. Kau sepatutnya rindu dengan arwah tunang kau, bukan dengan kawan sendiri." Alayya mengingatkan diri, kepala di geleng perlahan.

Jika di fikir semula, Alayya memang jarang berbalas mesej dengan Fayyad. Mungkin disebabkan itu, Alayya tak terasa sangat saat lihat mesej bersama Fayyad. Tetapi kalau dengan Ezzaq, hampir setiap hari mereka berbalas pesanan.

Alayya akhirnya buat keputusan untuk naik ke atas katil, mata di pejam rapat, cuba untuk tidur sehingga masuk waktu Asar. Lebih baik lena di buai mimpi daripada hidup tetapi terasa sepi.

●●●●●

Ezzaq Qayyum dapatkan cincin yang di hulur oleh seorang pekerja dalam kedai Habib ini. Di telek sebentuk cincin itu dengan teliti, ingin perhatikan reka bentuknya.

Agak lama Ezzaq belek bentuk cincin yang sama kerana dalam membelek, Ezzaq sedang membayangkan, bagaimana agaknya rupa Alayya jika kenakan cincin ini?

"Kita ada lagi satu bentuk cincin yang sama cuma batu permatanya lebih besar." Pekerja itu bersuara selepas beri masa yang agak lama buat Ezzaq berfikir.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now